Nabila Razali Mohon Maaf Isu Pakai Baju Ketat Di AJL37, “Terima Kasih Pada Yang Mengkritik….”

Sponsored

Terdahulu, penyanyi dan pelakon Nabila Razali menerima kritikan hebat gara-gara penampilannya di Anugerah Juara Lagu ke-37 baru-baru ini. Penyanyi itu tampil dengan busana yang agak ketat dan menampakkan tubuh badannya sekaligus menerima teguran dari netizen.

Malah netizen turut menegur penyanyi itu yang tidak menjaga imejnya sebagai wanita bertudung dengan pemilihan busana yang digayakan itu. Susulan kecaman hebat yang diterimanya ini, Nabila mengakui kesilapannya dalam menggayakan busana tersebut dan berjanji akan lebih berhati-hati dalam memilih pakaian yang sesuai.

Sponsored

“Bella mengaku salah Bella, sedih sebenarnya… Macam mana pun Bella tetap salah, Bella minta maaf kalau ada yang mungkin secara tidak langsung menguris hati sesiapa. Selepas ini Bella akan lebih berhati-hati untuk memilih busana yang Bella akan gayakan pada majlis-majlis yang Bella akan pergi.”

Tambahnya, setiap kali dia ada melakukan kesalahan pastinya ia akan mengundang kemarahan ramai tidak kira lah sama ada dari segi nyanyian ataupun penampilannya. Namun dia mengakui tidak boleh menyalahkan mana-mana pihak sebaliknya sedar itu adalah kesalahannya sendiri.

Sponsored

“Saya rasa saya salah, mesti ada orang marah, kalau nyanyi tak betul pun orang akan marah juga. Saya tak boleh salahkan sesiapa. Apa benda yang saya lakukan, saya akan fikir balik.”

Berterima kasih atas kritikan

Walaupun dirinya sering menerima kecaman, Nabila tetap berterima kasih di atas kritikan dan teguran yang diberikan oleh netizen. Malah dia juga sedar sebagai seorang selebriti, apa sahaja yang dilakukannya pasti akan menjadi perhatian ramai dan dia perlu bersedia dengan sebarang kemungkinan yang akan berlaku.

Sponsored

“Sekali kita masuk ke dalam industri, kita dah jadi sebagai seorang public figure, kita kena bersedia dari apa segala kemungkinan. Terima kasih juga kepada yang mengkritik tapi saya lebih berterima kasih kepada semua yang sentiasa menyokong Bella daripada dulu sampai sekarang.”

Dalam masa yang sama, Nabila menzahirkan penghargaan kepada mereka yang sentiasa menyokong kerjayanya dari dahulu sehingga sekarang ini. Selain isu penampilannya di AJL, Nabila Razali menjadi perhatian netizen baru-baru ini selepas berkongsikan ‘house tour’ kediaman mewah miliknya kepada ramai.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumbermstar