Nad Zainal kongsi foto-foto kahwin, “Artis contoh, nak kahwin tak kecoh…”

Sponsored

Nampaknya ramai peminat begitu bahagia melihatkan pasangan pelakon, Nad Zainal dan Ungku Ismail sah disatukan sebagai pasangan suami isteri. Perkara itu disahkan mereka menerusi laman Instagram milik kedua-dua pelakon ini.

Peminat drama, Cina Buta lakonan Ungku Ismail dan Nad Zainal juga sama teruja kerana pasangan dalam drama tersebut benar-benar disatukan. Drama yang ditayangkan sejak 19 Disember tahun lalu itu boleh dikatakan mengundang nama kedua-dua pelakon tersebut sering menjadi perbualan kerana lakonan menjadi mereka.

Sponsored

Dua pelakon hebat

Terbaharu, Nad Zainal di media sosial miliknya menarik tumpuan ramai apabila dia memuat naik beberapa keping foto kahwin. Pasangan sama cantik, sama padan ini mengenakan busana serba putih.

Sponsored

Nad Zainal dengan penampilan memakai busana serba putih dan manis bertudung ini juga membuatkan ramai menghujani pelbagai pujian terhadap kecantikannya yang terserlah.

Sama cantik, sama padan

Sponsored

Diraikan insan tersayang

Dalam pada itu, selain peminat dan rakan selebriti memberikan pujian, rata-ratanya juga menghujani dengan ucapan tahniah buat Nad Zainal dan Ungku Ismail kahwin disamping mendoakan yang terbaik buat mereka.

‘Artis contoh, nak kahwin tak kecoh. Nak bercerai tak kecoh, nak kahwin lagi pun tak kecoh…’

‘Tahniah Nanad dan Ungku Ismail. Comel je Nad. Ini mesti selalu kena dukung ni. Ungku Ismail tegap’

‘Alhamdulillah, tahniah Nad dan pasangan. Semoga kekal bahagia hingga ke jannah aminn’