Nadhir Nasar Tak Sangka ‘Naim Ismet’ Jadi Trending, Ramai Kagum Lakonannya Dalam Projek High Council!

Sponsored

Pelakon yang semakin meningkat namanya, Nadhir Nasar ini nampaknya menjadi perhatian ramai selepas watak lakonannya dalam drama Projek High Council dilihat berjaya.

Sebelum ini nama Nadhir Nasar cukup sinonim dengan karya yang bagus membuatkan selebriti muda tersebut terus memilih naskah dan karakter sesuai untuk dilakonkannya.

Sponsored

Terbaharu lakonan Nadhir Nasar sebagai Naim Ismet dalam Projek High Council telah membuka ‘mata’ ramai yang bakatnya bukan calang-calang. Permainan emosi, kekuatan fizikal dan gaya lakonan bersama rakan-rakan pelakon lain diperlukan untuk menjayakan karakter tersebut.

Dalam satu muat naik oleh Nadhir Nasar tak sangka Naim Ismet trending. Menerusi akaun Instagram miliknya baru-baru ini, pelakon muda tersebut berkongsikan beberapa foto sepanjang pengambaran drama yang sudah hampir di penghujungnya ini.

Sponsored

Malah di ruangan kapsyen perkongsian Nadhir Nasar tak sangka Naim Ismet trending ini, pelakon muda tersebut mengucapkan terima kasih kepada yang menonton episod 9 Projek High Council ini.

Tulisnya lagi dia sendiri tidak dapat nak jelaskan perasaannya melihat nama Naim Ismet trending di Twitter. Malah Nadhir turut akui tanggungjawab sebagai pelakon bukanlah mudah.

Sponsored

Meninjau di ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan netizen memuji hasil lakonan Nadhir Nasar dalam karya tersebut. Berikut adalah reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen perkongsian tersebut:

“Tau tak sebabkan scene dua orang ni, aku menangis..Sepanjang depa bertumbuk. Yela adik dia cuba pertahankan diri awalnya, pastu si abang dok paksa..adik geram la”

“Kau letopan lah Nadhir!!!”

“Terima kasih Nadhir sebab bawa watak Naim ni dengan sangat baik..”

“Projek High Council hands down one of the best series ever by Astro and all of you guys ara remarkeable!”