Naim Daniel Beri Respon Terhadap Isu Merokok Dalam Projek: High Council

Sponsored

Isu merokok dalam Projek: High Council menjadi bualan ramai setelah Public Health Malaysia (PHM) menyuarakan pendapat mengenai adegan yang tidak bersesuaian dengan khalayak penonton iaitu adegan merokok yang dikatakan keterlaluan. Dalam pada itu, pelakon dan penyanyi terkenal, Naim Daniel menjawab isu tersebut.

Seperti yang semua tahu, Naim yang memegang watak sebagai ‘Ayam’ dalam drama itu menjelaskan bahawa adegan merokok yang dipaparkan hanyalah untuk menunjukkan kejadian dan kehidupan sebenar yang berlaku di dalam sekolah asrama terutamanya sekolah lelaki.

Sponsored

“Perkara ini berlaku dalam kehidupan seharian tetapi jarang dibincangkan sebab masyarakat kita makin lama makin bijak. Masyarakat perlu naskah yang dekat dengan diri masing-masing.

“Jadi bukan nak kata rokok ini sebagai satu benda normal tapi kita cuba paparkan bibit-bibit dalam kehidupan seharian.

Sponsored

Sementara itu menurut sumber, pelakon yang berusia 26 tahun itu turut menyatakan setiap episod yang ditayangkan itu ada solusinya, sebab dalam fasa tersebut remaja masih cuba untuk mencari identiti mereka. Ada yang terjebak dengan rokok dan ada juga yang terjebak dengan gengsterisme. Itu adalah proses yang dilalui remaja yang menjadikan mereka manusia sekarang.

Naim Daniel Beri Respon Terhadap Isu Merokok Dalam Projek: High Council
Sumber: IMDb

Bahkan, Naim atau nama sebenarnya Muhammad Naim Daniel Baharin menegaskan dia sama sekali tidak menyokong perkara negatif yang ditunjukkan, namun pengalaman mendewasakan seseorang. Bukan itu sahaja, perkara tersebut juga boleh menjadi sebagai satu iktibar kepada semua remaja.

Sponsored

“Maka apabila kita di sekolah kita tahu apa benda yang kita boleh elak apa benda yang kita boleh terlibat.

Susulan peneguran dari Public Health Malaysia (PHM) mengenai adegan merokok yang keterlaluan, pihak PHM turut memberi nasihat kepada orang ramai untuk tidak memperlekehkan saranan yang disampaikan oleh pihak mereka. Malah, berharap produksi drama atau filem untuk berhenti mempromosi budaya merokok ini dalam karya pemfileman.

SumberOhBulan