Naim Daniel Terkejut Gambar Bersama Sissy Iman Tiada Dalam Poster Famili Duo, “Saya Pun Baru Tahu…”

Sponsored

Pelbagai persoalan dan tanda tanya yang timbul sebelum ini apabila pasangan duo Naim Daniel dan Sissy Iman tidak tersenarai dalam poster terkini program Famili Duo. Sehinggakan ramai yang menyangka pasangan itu telah menarik diri daripada pertandingan tersebut selepas kontroversi yang berlaku sebelum ini.

Terdahulu, Mas Idayu memberikan komen pedas terhadap nyanyian Sissy Iman dan Naim Daniel semasa mereka membawakan lagu Jampi di dalam versi keroncong. Komen yang diberikan itu turut membuatkan Sissy menangis di atas pentas dan terus beredar dari dewan sebaik tamat persembahan.

Sponsored

Susulan ketiadaan gambar Naim Daniel dan Sissy Iman di dalam poster terkini itu, pelbagai pertanyaan yang diajukan para peminat. Namun Naim meminta peminat untuk bersabar dan mendoakan agar mereka dapat meneruskan perjalanan dalam program tersebut.

“Saya pun baru tahu tiada nama kami dalam poster tersebut. Entahlah! Rasanya semua okay sahaja. Tunggu sajalah nanti.”

Sponsored

Jelas Naim lagi, dia dan Sissy masih lagi belum membuat keputusan mengenai penyertaan mereka dalam program nyanyian itu. Ini kerana mereka masih belum membuat persiapan dan kesuntukan masa untuk melakukan persediaan bagi persembahan yang akan berlangsung pada Ahad ini.

“Sekarang ini masih lagi dalam proses menguruskan beberapa perkara. Tengoklah bagaimana nanti, belum dapat kata putus lagi untuk minggu ini. InsyaAllah kami akan muncul.”

Sponsored

Berkongsi keadaan terkini Sissy

Selepas isu yang berlaku pada minggu lalu, Naim berkata Sissy masih lagi belum bersedia untuk menjawab persoalan mengenai insiden tersebut. Namun Naim memberitahu dia sentiasa berhubung dengan Sissy dan memaklumkan penyanyi wanita itu sedang mengumpul kekuatan untuk kembali bangkit semula.

“Saya sentiasa berhubung dengan Sissy dan sekarang ini dia masih lagi dalam proses untuk bangkit selepas apa yang berlaku. Dia juga belum bersedia untuk bercakap dengan sesiapa.”

Sebelum ini, ramai yang meluahkan rasa terkejut apabila gambar Naim Daniel dan Sissy Iman tiada dalam poster program Famili Duo. Di dalam poster terkini itu, dimaklumkan hanya enam pasangan akan bertanding untuk pusingan seterusnya pada hari Ahad ini bersama lagu-lagu yang disenaraikan.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumbermstar