Pengacara dan usahawan, Neelofa baru-baru ini berkongsikan mengenai perangai suaminya, Haris Ismail semenjak mereka berkahwin. Menurutnya, dia tidak pernah keluar untuk membeli barangan keperluan dapur kerana kebiasaannya semua itu akan diuruskan oleh suaminya sendiri.
Tambah Neelofa lagi, tugasnya di rumah hanya perlu memasak dan mengemaskan rumah sahaja manakala hal lain akan diselesaikan oleh Haris. Neelofa berkongsikan mengenai perkara itu di Instagram Story di mana Haris dilihat keluar membeli barangan keperluan pejabat dan juga keperluan rumah.
“Beli barang rumah memang saya tak pernah buat langsung. Tau-tau barang sampai untuk masak dan kemas saja. Segala jenis brand sabun, softener, tisu semua dia (PU Riz) yang pilih.”
Di dalam hantaran yang sama, Neelofa memberitahu bapa mentuanya iaitu Datuk Seri Ismail juga turut melakukan perkara yang sama di rumah. Mungkin kerana itu juga ia menjadi ikutan oleh anak-anaknya yang lain sama seperti yang dilakukan oleh Haris.
Terdahulu, Neelofa mengesahkan dia kini sedang hamil anak kedua dan memaklumkan sudah melalui separuh perjalanan kehamilannya itu. Sebelum ini, ramai yang membuat spekulasi mengatakan Neelofa sedang hamil gara-gara perubahan fizikalnya yang semakin ketara.
Sekadar info, pasangan Neelofa dan Haris Ismail atau PU Riz mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021 dan dikurniakan anak sulung mereka, Muhammad Bilal pada Januari tahun lalu.
Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.