Sebut sahaja nama Neelofa, ramai yang mengenalinya. Dahulunya seorang pelakon dan pengacara, kini kehidupan Neelofa masih menjadi perhatian ramai untuk ketahui selebriti jelita dan berpesonaliti menarik ini.
Kini juga Neelofa adalah seorang isteri dan ibu kepada seorang cahaya mata hasil perkahwinan dengan Haris Mohd Ismail atau lebih dikenali dengan panggilan PU Riz. Selain itu Neelofa juga sibuk dengan perniagaannya yang dalam pelbagai bidang.
Sejak akhir-akhir ini Neelofa pernah dilabel oleh netizen sebagai tiada ‘job’ kerana selalu muncul di TikTok. Walaupun begitu, selebriti dan bintang media sosial ini tidak melenting dan memberitahu kepada umum yang dia kini ingin tumpukan komitmennya sebagai seorang ibu dan isteri.
Bagaimanapun baru-baru ini menerusi muat naik di Instagram Neelofa, didpaparkan beberapa foto hasil kerjasama dengan jenama antarabangsa, Christian Dior telah mencuri perhatian ramai. Berikut adalah muat naik yang dikongsikan itu:
Perkongsian foto Neelofa dipuji masih jadi pilihan jenama antarabangsa ini telah meraih lebih 60 ribu likes dan ratusan komen dari warganet. Malah di ruangan kapsyen Neelofa Mohd Noor menulis seperti berikut:
“What mom (me) time looks like nowadays @dior”
Dalam perkongsian foto itu dilihat Neelofa memperagakan tas tangan jenama antarabangsa popular dengan tampak bersahaja. Biarpun kini Neelofa sudah berniqab namun hasil foto yang dirakam memang terserlah aura darinya.
Muat naik foto Neelofa dipuji masih jadi pilihan jenama antarabangsa ini membuatkan ada juga yang tumpang bangga dengan pencapaian selebriti ini. Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen perkongsian ini:
“Ingatkan shawl Nealofar yang baru tapi Dior la pulak. Terus masuk dalam mimpi”
“MashaAllah lawa sangat ni ummi Bilal”
“MasyaAllah sisturrrr cantik sangat2”
“Tetap hottttt loveeee sangat”