Neelofa Terharu Suami Hadiahkan Gelang Sepadan Cincin Kahwin Sempena Hari Jadi, “Tak Pernah Minta Itu Ini…”

Sponsored

Sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-34 tahun, Neelofa telah berkongsikan penghargaan buat suaminya yang telah memberikan sebuah hadiah istimewa buatnya. Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram itu, Neelofa mengucapkan terima kasih di atas bimbingan suaminya, Haris Ismail semenjak mereka mendirikan rumah tangga.

Menurut Neelofa, dia tidak pernah meminta apa-apa dari suaminya itu namun Haris sentiasa cuba membahagiakan dirinya. Tambah selebriti itu lagi, semenjak hari pertama mereka berkahwin, Haris telah melakukan tanggungjawabnya sebagai seorang suami dengan begitu baik sekali.

Sponsored

“Tiada satu pun tentang tanggungjawab yang boleh dipersoal kerana insan ini dari hari pertama perkahwinan sehingga sekarang penuhi segalanya dengan baik dengan izin Allah.”

Terima hadiah istimewa

Istimewa sempena ulang tahun kelahirannya hari ini, Haris telah menghadiahkan seutas gelang tangan yang sedondon dengan cincin perkahwinan mereka. Neelofa turut meluahkan rasa terharu dan mengucapkan terima kasih dengan pemberian istimewa dari suaminya itu serta mendoakan kebahagian buat mereka sekeluarga.

Sponsored

“Saya tak pernah meminta itu dan ini tetapi masyaAllah, selalu cuba untuk bahagiakan isterinya. Istimewa hari lahir, dihadiahkan gelang tangan yang sepadan dengan cincin kahwin, terima kasih suamiku. Semoga Allah swt sentiasa kurniakan ketenangan, kebahagiaan, kesejahteraan dalam keluarga kita.”

Perkongsian dari Neelofa ini turut dihujani dengan ucapan dari rakan-rakan selebriti dan peminatnya yang memberikan ucapan selamat hari jadi buatnya. Dalam masa yang sama, ramai berharap ibu kepada Bilal ini dikurniakan kesihatan yang baik dan dapat menjadi contoh yang terbaik buat yang lain.

Sponsored

Sekadar info, Neelofa dan Haris Ismail mendirikan rumah tangga pada Mac 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Muhammad Bilal. Baru-baru ini pula, tular desas desus selebriti itu kini sedang hamil anak kedua namun tiada sebarang kenyataan yang dikongsikan untuk mengesahkan perkhabaran itu.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumberinstagram