Netizen ‘Berkampung’ Di Video Sophia Albarakbah Dituduh Gatal Dengan Aliff Aziz

Sponsored

Pelakon dikenali dengan nama Sophia Albarakbah menjadi perhatian ramai selepas ada dakwaan yang mengatakan dirinya cuba merapati Aliff Aziz yang kini turut membintangi dalam satu drama bersama.

Malah dengan video pendedahan Bella Astillah selepas rancangan Famili Duo juga membuatkan ramai terkejut. Bagaimanapun dalam pendedahan pelakon dan penyanyi itu dia tidak menyebut sebarang nama pelakon wanita.

Sponsored
@xtra_my

Alamak. Pelakon wanita mana yang cuba nak try Aliff Aziz ni? 😠 Berani mati call suami orang sampai 7, 8 kali, siap mengaku suka suami orang 🥵 Jom dengar cerita Bella Astillah. #fyp #xtramy #familiduotv3 #bellaastillah #aliffaziz #komen #beritaditiktok #sembangentertainment

♬ original sound – XTRA – XTRA

Bella Astillah hanya menyebut aktress berlakon bersama suaminya, Aliff Aziz. Namun netizen mula ‘buat kerja’ selepas pendedahan itu dan meneka pelakon wanita dikenali dengan nama Sophia Albarakbah adalah orangnya.

Dalam salah satu video yang dimuat naik di TikTok, Sophia AlBarakbah diserang netizen selepas dikaitkan dengan Aliff Aziz.

Sponsored

Dalam video dengan paparan Aliff Aziz yang berada di lokasi pengambaran, turut ada dalam rakaman itu adalah pelakon lelaki dan juga Sophia. Kelihatan mereka bertiga cuba selesaikan cara memakai tie dengan betul.

Namun kemesraan antara Sophia dan Aliff Aziz ini membuatkan netizen meninggalkan komen dengan mengkritik perbuatan pelakon wanita ini. Malah ramai juga akui ‘hadir’ selepas menonton pendedahan Bella Astillah sebelum ini.

Sponsored

Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen video Sophia Albarakbah ini:

“Baka2 Ira Kazar ni sekutu dengannya”

“Maka kami pun datang..Laju ye kau nak ajar pakai tie”

“Segalanya atas si Aliff..Si perempuan dah menampakkan sikap dia. Untuk Bella siap sedia menghadapi dugaan. Semoga yang baik2 untuk Aliff dan Bella”

“Amboi2 tang tie tu ke leher si Alif laju je tangan si pia nak pakaikan. Sekadar mengeruhkan keadaan”