Netizen komen harga biskut shuhada T20, wanita ini jelaskan sebabnya – “bukan dipping sauce cap ayam”

Sponsored

Isteri kepada pelakon kontroversi, Hafidz Roshdi yang mana namanya menjadi sebutan ramai kini terus mendapat perhatian warganet. Selain dari kisah rumahtangga dan ujian yang menimpa Shuhada, baru-baru ini ada dakwanan harga biskut dijualnya terlalu mahal.

Umum sedia tahu, Shuhada atau nama penuhnya Nurul Shuhada Mat Shukri kini bangkit selepas apa yang terjadi dalam kehidupannya dengan menjual jenama biskut dengan konsep menarik.

Sponsored

Jenama Shelup Shelup oleh Shuhada ini telah menarik ramai selebriti untuk membeli dan support ibu kepada dua anak tersebut. Bagaimanapun, ada beberapa netizen komen harga biskut Shuhada T20 yang membawa maksud terlalu mahal.

“Ni bukan satu tak cukup. Ni duit yang tak cukup”

Sponsored

“Mahalnya baru nak support. Tunggu saya T20 dulu la nanti kita support balik k”

Bagaimanapun, menerusi satu muat naik terbaharu Shuhada di Instagram dia menerangkan apa yang akan pelanggan dapat dengan membayar jumlah tersebut. Mendengar keluhan ramai ini Shuhada juga memberitahu bahan digunakan adalah premium setanding harga yang dibayar.

Sponsored

Dalam penjelasan Shuhada itu, dia memberitahu sos dipping yang digunakan adalah premium dan bukannya yang murahan.

“Dipping sauce kita bukan dipping sauce cap ayam. Bukan dipping sauce murahan seperti yang dicanang oleh makcik bawang tu”

Selain dari itu dalam set tersebut Shu turut mengakui rasa caramel sauce darinya itu seakan pencuci mulut dari hotel 5 bintang dan turut disertakan dengan dua jenis crumbs membuatkan produk jualannya itu lebih premium.

“Lastly, Caramel Sauce ala ala dessert kat hotel 5 bintang. Teringat buka puasa kat hotel. Crumbs pula, bukan crumb biasa ya. Biscoff and Oreo. Nak cicah dua crumbs sekali pun bolehhhh. harga biscoff and oreo tak murah ya. Kita kata premium, kita bagi premium.”