Netizen Kritik Cara Mas Idayu Komen Pedas Sampai Buat Sissy Iman Menangis!

Sponsored

Penyanyi dikenali dengan nama Sissy Iman dan sepupunya, Naim Daniel menjadi antara peserta dalam rancangan Famili Duo yang turut raih perhatian ramai sejak episod terbaharu malam tadi. Pasangan ini menjadi antara yang cukup kreatif dan sentiasa buat terbaik saban minggu.

Bagaimanapun, malam tadi persembahan bertemakan tradisional membuatkan juri kurang senang dengan persembahan mereka. Selaku juri, Mas Idayu komen pedas dan menegur pasangan ini hingga membuatkan Sissy Iman berjurai air mata.

Sponsored

Menurut Mas Idayu dia tidak menggemari persembahan Naim Daniel dan Sissy Iman ini serta meninggalkan komen pedas hingga sebabkan penyanyi berusia 28 tahun tidak menahan sedih.

Dalam persembahan tersebut, pasangan peserta ini menyanyikan semula lagu Jampi nyanyian asal Hael Husaini dan mengubahnya menjadi lagu keroncong.

Sponsored

Ketika sesi penjurian, Mas Idayu komen pedas dan berpendapat pasangan sepupu ini gagal menambat hati juri serta menyifatkan lagu Jampi itu terlalu besar dan tidak sesuai dibawakan oleh kedua-dua mereka.

Bagaimanapun, Ajai yang juga selaku juri memuji persembahan Naim Daniel dan Sissy Iman tersebut yang berani membawa kelainan. Kata Ajai, mereka ada idea dan selalu tukar keaslian lagu dan konsep.

Sponsored

Namun penyampaian kurang menjadi dan kelembutan lagu jadi agak kasar serta meminta Naim Daniel dan Sissy Iman jadikan sebagai pengajaran.

Biarpun begitu, Naim Daniel berharap semua orang terhibur dengan persembahan mereka kerana rancangan ini berkonsepkan hiburan keluarga. Malah meninjau di ruangan komen ramai yang meluahkan rasa tidak puas hati dengan komen pedas Mas Idayu hingga sebabkan Sissy Iman menangis. Berikut antaranya:

“Kesian juga Sissy dan Naim bila jadi insiden macam tu. Sissy tu guru vokal dan dorang dah artis pun…”

“Juri tak ada adab bila menegur. Jaga maruah seseorang tu”

“Cuba dia duduk kat tempat orang tu. Apa dia rasa bila kena malukan dalam TV. Bukan tak boleh tegur cuma ada hadnya”

“Kok nak tengok pun elok2 la tegur..Jangan la sampai nak tengking2 nak jatuhkan air muka orang dalam live”