Netizen Kritik Nyanyian Peserta Berkumpulan Di ATNM2, “Kadang2 Ada Bakat Terpendam Yg Perlu Dipendam”

Sponsored

Salah sebuah rancangan berbentuk hiburan nyanyian berjudul All Together Now Malaysia musim ke-2 (ATNM2) telah pun bermula pada hujung minggu lalu. Rancangan yang meletakkan 50 juri dari penyanyi dan komposer terkenal di Malaysia dan mereka yang mengadili nyanyian peserta.

Bagaimanapun, salah satu peserta yang merupakan kumpulan penyanyi ini telah menjadi bualan hangat netizen apabila persembahan mereka membuatkan ramai terkejut menyaksikannya.

Sponsored

Malah salah seorang pengguna di Twitter telah menulis ciapan yang meluahkan pendapat mengenai nyanyian kumpulan penyanyi tersebut.

“Sampai hati family masing-masing tak bagitahu suara diorang macam gini”, tulis seorang pengguna Twitter dengan nama akaun ciaplaici. Berikut adalah muat naik berserta video salah satu peserta rancangan tersebut:

Sponsored

Disebabkan perkongsian rakaman ini, rata-rata netizen kritik nyanyian peserta ATNM2 tersebut. Antara yang ditinggalkan di ruangan komen adalah sepatutnya keluarga dan rakan rapat yang perlu menegur dan tidak patut beri sokongan dari awal.

“Benda2 macam ni salahkan family dgn kawan2 yg support diorang je. Tone deaf sangat. Nak 4org ni tak boleh, maybe delusional keterlaluan”

Sponsored

Malah ada juga yang berpendapat mereka ini sengaja dijadikan peserta supaya orang ramai akan menyaksikan rancangan tersebut. Ini antara netizen kritik nyanyian peserta yang ditinggalkan di ruangan komen:

“Bila panggil orang merapu, ramai tengok. Bila ramai tengok, rating tinggi. Rating tinggi, untung banyak maa. Ni mainan tv je ni”

Manakala seorang lagi pengguna media sosial berpendapat supaya peserta ini pendam sahaja ‘bakat’ mereka itu.

“Kadang-kadang ada bakat terpendam yang perlu dipendam”

SumberTwitter