Netizen Minta Sajat Bertaubat & Kembali Jadi Lelaki, “Taubat Macam Mana Nyah, Barang Dah Takde…”

Sponsored

Usahawan sensasi, Sajat tidak perlu diperkenalkan lagi kerana ramai yang mengenalinya dan tahu kisah kontroversinya sebelum ini. Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman sebenarnya adalah seorang lelaki namun kini telah menukar jantinanya kepada seorang wanita.

Sajat kini menetap di Australia selepas melarikan diri dari pihak Mahkamah Tinggi Syariah yang mengeluarkan waran tangkap selepas dia gagal hadir tanpa sebab semasa sebutan kes itu pada 23 Febuari tahun lalu.

Sponsored

Walaupun tidak lagi menetap di Malaysia, Sajat begitu aktif di media sosial dan berkongsikan perkembangan terkininya untuk tatapan pengikutnya. Boleh dikatakan hampir setiap hari, pasti akan ada sahaja video terbaru Sajat di platfom Tik Tok.

Netizen nasihat Sajat

Baru-baru ini pula, Sajat menjawab soalan netizen yang memintanya untuk bertaubat dan kembali menjadi lelaki semula. Malah netizen turut memujuknya untuk pulang ke tanah air dan kembali ke pangkal jalan serta menyesali segala kesalahan yang dilakukannya itu.

Sponsored

“Ada orang mesej aku semata-mata cakap ‘baliklah Jat pastu taubat kembali ke fitrah sebenar’.”

Tidak kisah dengan nasihat yang diberikan netizen, Sajat mempersoalkan semula bagaimana dia mahu menjadi lelaki semula kerana dia telah pun mengubah fizikalnya kepada perempuan. Malah menurut usahawan sensasi itu, dia juga telah membuang alat sulitnya.

Sponsored

“Taubat macam mana nyah, ‘barang’ dah tak ada.”

Sajat turut berseloroh mengatakan sekiranya dia diminta untuk berkahwin dengan wanita lain, pastinya wanita itu akan mencari orang lain kerana Sajat tidak memiliki sifat yang cukup seperti lelaki lain. Sajat memberitahu jika dia berkahwin sekalipun, kemungkinan dirinya akan dimadukan dan ‘isterinya’ pergi mencari suami lain.

@jen.rjane

Kan,,Terbalik pulak, Sajat yg kena 🍯 sebab barang takde😂😂 adoi berdekah… . @nursajat85 @NURSAJAT LEGACY COSMETIC AU . #nursajat85 #nursajat #sajat #sajatlive #sajatvideo #sajatfunny #fypシ #foryoupage

♬ original sound – 𓍼𓂅୨୧𓂅ᯅ ✧﹅ഒꔛ𓍼 – J.RJ

Jawapan dari Sajat ini turut menerima pelbagai reaksi dari netizen namun rata-ratanya mendoakan usahawan itu kembali ke pangkal jalan sebelum terlambat. Jelas netizen, Sajat tidak semestinya perlu berkahwin dengan seorang wanita untuk bertaubat, sebaliknya cukuplah usahawan itu menyesali dosa-dosa lamanya dan tidak lagi mengulangi kesilapan yang dilakukan sebelum ini.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumbertik tok