Netizen nasihatkan Fizo Omar supaya tak berbalas kenyataan, “nampak dua2 tak settle lagi”

Sponsored

Beberapa hari lalu pelakon dan usahawan, Fizo Omar mendedahkan isterinya kini hamil anak kedua mereka. Berita baik itu telah membuatkan ramai mengucapkan tahniah kepada pasangan ini.

Terbaharu, Fizo Omar memuat naik pula tentang rezeki. Dalam perkongsian tersebut Fizo Omar berkongsikan foto keluarga kecilnya dan meluahkan rasa syukur dengan rezeki kebahagiaan dan kesihatan serta ketenangan.

Sponsored

Sempat juga Fizo Omar berpesan yang rezeki Allah ini datangnya dari pelbagai bentu dan difitnah juga salah satu rezeki. Berikut adalah tulisan dan muat naik Fizo Omar yang telah mencuri perhatian ramai itu:

“Small family with big happiness. Syukur Alhamdulillah rezeki kebahagiaan dan kesihatan dari Allah.semoga Allah berikan ketenangan buat semua.

Sponsored

“Nota kaki : rezeki Allah ni dtg dari pelbagai bentuk, difitnah pun adalah salah satu rezeki.rezeki ujian yg akan memberikan kekuatan.

Bagaimanapun di ruangan komen, ada pula yang berpendapat Fizo Omar seakan membalas kenyataan komen dari bekas isterinya, Mawar Karim yang tular baru-baru ini. Malah ada juga netizen nasihatkan Fizo omar supaya bersabar dan tak berbalas kenyataan.

Sponsored

Berikut antara reaksi ramai dan netizen nasihatkan Fizo Omar ini yang ditinggalkan di ruangan tersebut:

“Udah le tu, kalau diam orang lagi side abe joe..ni balas membalas nampak dua2 tak settle lagi tak nak kalah..”

“Halah Abe Joe pun nak menambah api pulak dengan buat caption macam ni. Mawar tu just reply komen je Abe Joe nak terasa buat apa kalau bendatu tak betul”

“Kita betul-betul di zaman fitnah abam. My humble advice is sabar, jalan tegak. Kalau ada yang cuit tu sesungguhnya ia ujian”

“Media suka sangat kuarkan berita sensasi, ambik cerita separuh jalan yang boleh melagakan orang”

Terdahulu satu kenyataan dari bekas isteri Fizo Omar iaitu Mawar Karim yang tular di sosial media. Kenyataan Mawar Karim yang dilaporkan oleh media itu diambil dari komen ditinggalkan oleh usahawan yang membalas kepada pemilik akaun media sosial palsu.

Komen yang ditinggalkan oleh individu itu adalah dengan mengatakan Mawar kini kelihatan tidak cantik seperti dahulu ketika bergelar isteri kepada Fizo Omar. Berikut adalah komen tersebut: