Penangan drama baharu berjudul Rindu Kasih hasil lakonan Ummi Nazeera sekali lagi berjaya membuatkan penonton kembali emosi didepan kaca televisyen. Lakonan Ummi Nazeera semestinya tidak lagi perlu dipertikaikan apabila dia sering berjaya membawa watak berat dengan sangat baik.
Meskipun begitu selain Ummi Nazeera yang membawa peranan sebagai Ina atau Salina, tentu sahaja watak mak mertua Ina yang dibintangi oleh Fazlina Ahmad Daud turut mengundang rasa geram penonton dengan sikapnya terhadap menantu hanya disebabkan kisah lampau antara bapa Ina, Khalid dan Halijah.
Fazlina Ahmad Daud bawa watak Halijah
Bertubi-tubi cabaran perlu dihadapi Ina, Halijah sebagai mak mertua iaitu ibu kepada Amir lakonan Izzue Islam membuatkan netizen tidak tinggal diam kerana sangat terkesan dengan lakonan pelakon legend tersebut. Drama yang mulai ditayangkan pada 16 November lalu ini semakin hari membuatkan penonton juga emosi.
Walau bagaimanapun, seloroh seorang penonton yang geram dengan perbuatan Halijah membuatkan dia memarahi Fazlina Ahmad Daud. Lebih menarik tumpuan ramai, individu tersebut dapat maki watak pelakon tersebut secara depan-depan sekali gus membuatkan netizen juga berpuas hati.
Netizen minta marah lagi
Meskipun begitu, ia juga membuktikan lakonan setiap pelakon drama Rindu Kasih itu berjaya membuatkan penonton terkesan dan mulai tidak sabar menantikan pengakhiran kisah dua buah keluarga tersebut.
‘Terbaik bang…’
‘Betul dik, marah lagi…’
‘Tolong marah…’