Netizen puji nyanyian Namie sama macam Aepul Drama Band, “Sama wehhh”

Sponsored

Nama Namie mula dikenali ramai selepas bakatnya menghiburkan orang ramai di TikTok. Memiliki bakat luarbiasa, Namie kemudiannya menyertai kumpulan UBI di Muzikal Lawak Superstar bersama Fad dan Zharif Zero.

Itu serba sedikit latarbelakang mengenai anak seni berbakat besar, Namie ini. Terbaharu rakaman ketika live Namie bersama Fad dan Achey telah mencuri perhatian ramai.

Sponsored

Manakan tidak, dalam sesi tersebut Namie menyanyikan semula lagu dari kumpulan Drama Band dan suaranya pula sama betul dengan vokalis kumpulan berkenaan, Aepul.

Berikut adalah rakaman sempat diambil dan dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok yang memaparkan nyanyian Namie yang sama macam Aepul Drama Band ini:

Sponsored

Sama betul suara dan cara nyanyian Namie tiru Aepul Drama Band nyanyikan semula lagu ini! Memang penghibur betullah Namie ini.

Untuk info, lagu yang dinyanyikan semula oleh Namie itu berjudul Biarkanlah yang diterbitkan sekitar tahun 2015. Perkongsian rakaman tersebut telah membuatkan warganet memuji bakat yang ada pada Namie ini biarpun di penghujung nyanyiannya ‘lain’ pula bunyinya.

Sponsored

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet puji nyanyian Namie sama macam Aepul Drama Band ini. Berikut antaranya:

“Aku rasa diorang jadikan Namie ni penerusan Bocey ni. Kalau betul dia masuk Bocey Alhamdulillah”

“Confident abang Namie bawak lagu”

“Sama dah la aku minat suara Epul tu”

“Suara Namie ni memang sedap..Kalau ada sape2 buat lagu balada untuk dia. Mesti sedap didengar”

SumberTikTok