Sejak akhir-akhir ini nama bekas isteri kepada pelakon kontroversi, Shuhada menjadi perhatian ramai. Malah beberapa hari lalu Shuhada dan Hafidz Roshdi dilihat berbalas surat terbuka yang dimuat naik menerusi akaun Instagram milik mereka.
Shuhada yang enggan akur dengan permintaan dan desakan bekas suaminya, Hafidz Roshdi meminta wanita ini untuk memohon maaf atas dakwaan fitnah kepada keluarganya terus menjadi perhatian umum.
Umum juga sedia tahu isu pergolakan rumahtangga Hafidz Roshdi selepas didedahkan satu persatu oleh bekas isterinya. Malah dalam surat terbuka itu juga Shuhada mendedahkan dirinya rasa dikhianati disebabkan keluarga mertuanya sedia maklum akan pernikahan satu lagi Hafidz Roshdi dan dia sendiri tidak tahu mengenainya.
Bagaimanapun, Shuhada dilihat bangkit dari segala kontroversi dan ujian hidup yang dihadapinya. Kini Shuhada tampil menjadi model memperagakan satu jenama pakaian bersama dua anaknya.
Ibu kepada dua anak ini turut berkongsikan serba sedikit mengenainya menerusi akaun Instagram baru-baru ini. Berikut adalah perkongsian tersebut yang juga membuatkan netizen puji Shuhada nampak berbeza dari kebiasaan itu:
Perkongsian foto ini telah membuatkan netizen puji Shuhada nampak berbeza dari kebiasaan. Malah kedua-dua anaknya turut dikatakan comel.
Meninjau di ruangan komen, ramai akui Shuhada nampak berseri dan ada juga yang mendoakan buat wanita kuat ini. Berikut antaranya:
“Shu banyakkan post macam ni.. Seronok tengok. Semoga rezeki Shu jadi influencer media yang berjaya. Ni bukan marketing tapi bijak mengambil peluang!”
“Jangan lepas ni dia tergila2 kan awak balik dah lah. Time tu awak gelak je kat dia”
“Ternyata masa dia jadi isteri dia bukan tak cantik, kau yang kurang invest…”