Baru-baru ini, tindakan Nabila Razali memuat naik beberapa keping foto seakan menjadi pengantin membuatkan ramai tertanya-tanya tentang status dirinya. Meskipun begitu, selepas beberapa hari Nabila Razali menjadi bualan, ternyata dia melancarkan lagu terbaharu.
Walau bagaimanapun, Nabila Razali tampil melancarkan lagu terbaharu dengan sekali lagi turut ada penyanyi rap tersohor, MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin yang juga merupakan salah seorang ahli kumpulan, K-Clique. Lagu baharu tersebut berjudul Aku Terluka.
Sebelum melancarkan lagunya, Nabila Razali diruangan Instagram (IG) peribadinya berkongsikan beberapa teaser buat tatapan umum. Dia dan MK bagaimanapun menjadi sorotan ramai di media sosial. Meskipun begitu, dua keping foto terbaharu dikongsikan Nabila Razali nampaknya menerima teguran oleh ramai.
Foto ditegur ramai
Dalam foto kedua dikongsikan Nabila Razali dengan menulis kapsyen, “Masih lagi ku dengar, masih lagi terasa genggamanmu dijariku… aku terluka,” ternyata menarik tumpuan ramai dengan ditinggalkan ratusan komen. Ada yang menganggap tindakan MK dan Nabila Razali ini kurang sesuai dan meminta agar mereka menjaganya.

Meskipun begitu, rata-rata warganet yang tertumpu kepada tangan MK menyebabkan ramai menegur dia dan Nabila Razali yang kurang senang dengan tindakan tersebut dan menasihati mereka agar tidak bersentuh.
‘Macam kena je, kahwin je la betul betul’

‘Eh boleh pegang pegang pulak ye’

‘Not touch touch ye MK, saya sedang perhati’


