Sejurus perkhabaran mengenai pelantikan Perdana Menteri ke-10 oleh Pihak Istana sebentar tadi, penantian rakyat Malaysia berakhir sudah. Setelah 25 tahun Dato’ Seri Anwar Ibrahim berjuang, akhirnya nama tercatat dalam sejarah.
Terbaharu anak kepada Pengerusi Pakatan Harapan ini dikenali dengan nama Nurul Izzah memuat naik luahannya menerusi akaun Instagram miliknya. Nurul Izzah atau nama gelarannya, Puteri Reformasi meluahkan perasaan apa yang dilalui oleh bapanya itu sebelum ini.
Menerusi muat naik tersebut Nurul Izzah menceritakan sejak tahun 1998 lagi perjuangan menuntut keadilan bukan hanya untuk diri snediri malah kepada semua.
Berikut adalah muat naik Nurul Izzah luah bangga perjuangan bapanya yang dikongsikan menerusi akaun Instagram miliknya itu:
Antara tulisan Nurul Izzah ini yang menjadi perhatian ramai adalah apabila figura tersebut meluahkan segala perjuangan bapanya selama ini berhasil. Malah selepas angkat sumpah untuk jawatan Perdana Menteri hari ini lain pula cabaran akan dihadapi.
Namun Nurul Izzah luah bangga perjuangan bapanya selama ini tidak kira apa juga situasi. Berikut antara tulisannya yang telah meraih perhatian ramai.
“Dalam hidup di dunia, kita tidak mampu terlepas daripada dugaan. Ketika kalah kita diduga,
Ketika menang juga kita diduga.
I love you, Papa. Am always proud of you – even as you lay imprisoned as a prisoner of conscience.
Legasi yang kita tinggal kan untuk anak-anak dan generasi masa depan bukannya harta, pangkat mahupun wang ringgit, tetapi idealisme dan prinsip perjuangan yang tidak boleh dijual beli.”
Tahniah kami ucapkan kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim!
Sementara itu, ikuti kisah menarik lain yang telah kami sediakan untuk hiburan hari anda seperti berikut: