Nampaknya kemeriahan Anugerah Juara Lagu yang ke-37 (AJL37) semakin terasa yang akan ditayangkan pada 12 Februari nanti dengan 12 finalis yang akan bertanding bagi merebut gelaran Juara AJL37.
Difahamkan pula, Alha Alfa Cosmetics menjadi penaja utama bagi Anugerah Juara Lagu pada kali ini. Siapa sahaja yang tidak kenal dengan pemilik jenama tersebut iaitu Datuk Alha Alfa. Walau bagaimanapun, ternyata sejak akhir-akhir ini Datuk Alha Alfa menjadi bualan ramai apabila dia membuat cover 12 lagu yang berjaya bertanding di AJL37.
“Boleh la buat raso-raso orang cakap! Ehehe saya nyanyi 12 lagu dengan Yuka Kharisma korang nak tengok yang full tak,” tulis Datuk Alha Alfa di perkongsian tersebut yang mana menerusi YouTube pula nyanyian jurusolek dan usahawan terkenal ini mendapat perhatian ramai.
Mana tidaknya, rata-rata yang mendengar nyanyian Datuk Alha Alfa terkedu dan tidak menyangka kerana dia juga mempunyai suara yang merdu selain turut boleh menyanyi.
Menjengah ke ruangan komen ditinggalkan, suara Datuk Alha Alfa menyanyikan lagu AJL37 itu membuatkan dia dipuji warganet selain ada juga yang memintanya agar teruskan menyanyi memandangkan suaranya juga ‘sedap’ didengar.
‘Sedap Dato suara, teruskan menyanyi dato’
‘Ok suara sedap Dato Alha Alfa’
‘Sedap suara Dato Alha Alfa ni’
‘Terbaiklah Dato, boleh tahan jugak suara’