Kemenangan penyanyi, Marsha Milan menerusi Anugerah Juara Lagu 36 (AJL36) membuatkan setiap persembahannya semakin menangkap perhatian peminat dan warganet. Seperti dalam satu muat naik ini pula membuatkan Marsha Milan sekali lagi hangat diperkatakan apabila dia mendendangkan lagu popular, Cinta.
Lagu tersebut berjaya menjadi tumpuan ramai sampaikan persembahan Marsha Milan berjaya memukau penonton AJL36 sehingga kini yang rasanya masih terkesan dengan caranya menyampaikan lagu Cinta iaitu sebuah lagu ciptaan Bunga Cantik (Stacy) dan Hang Nadim (Akim Ahmad).
Lagu Cinta disukai ramai
Walau bagaimanapun, lagu Cinta yang dinyanyikan oleh penyanyi asal Marsha Milan sentiasa lebih memukau peminat dan warganet meskipun telah ramai mulai cover lagu tersebut selepas kemenangan berpihak kepada Marsha Milan sehingga membawa pula dia trofi, naib juara AJL36 dan Persembahan Terbaik.
Semakin teruja juga peminat Marsha Milan apabila dia mendendangkan sekali lagi secara live di satu acara yang menyebabkan kebanyakan yang mendengar terpukau. Sangat santai dia menarik suara malah dapat dilihat dengan berjalan juga dia boleh menyanyi dengan baik.
Marsha Milan dipuji suara ‘telan mic’
Rata-rata warganet yang menonton persembahan Marsha Milan turut memberikan pujian terhadap suaranya yang seperti ‘telan mic’ selain merasakan dia mendendangkan lagu Cinta seperti di Anugerah Juara Lagu. Power!
‘Suara macam Marsha yang AJL tu wei. Power’
‘Hebat’
‘Tiada sudah yang boleh bawa lagu ni, memang khas lagu Marsha’