“Org Asyik Tuduh Dia Buka Aib Suami…” Keadaan Puteri Sarah Nampak Cengkung Dalam Video Lama Tular

Sponsored

Kisah kehidupan rumahtangga yang dilalui pelakon dan model, Puteri Sarah Liyana ini telah mencuri perhatian ramai. Satu demi satu ujian yang perlu dihadapi oleh figura ini membuatkan dia diberi gelaran wanita kuat.

Terbaharu Puteri Sarah Liyana telah mendaftarkan kes penceraiannya di mahkamah dan pelakon ini dilihat sungguh nekad setelah berhadapan dengan apa terjadi setelah bertahun lamanya.

Sponsored

Malah baru-baru ini juga satu video beberapa tahun lalu yang memaparkan keadaan Puteri Sarah nampak cengkung dan kurus telah tular di sosial media.

Perkongsian rakaman tersebut memaparkan Puteri Sarah Liyana bersama anaknya, Sumayyah sedang menunjukkan aktiviti harian. Berikut adalah rakaman tersebut yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok:

Sponsored
@bukanputerisarahh

Sedih rasa..yg tk pernah lalui jangan cepat sangat menuding jari,kita tk duduk tempat dia,kita doakan yg baik2 je untuk Puteri,anak² dan keluarga🩶#puterisarahliyana #artismalaysia #fanspage #sedih #fyp #fyppppppppppppppppppppppp

♬ Buah Hati – Armada

Biarpun dalam video tersebut Puteri Sarah nampak seperti biasa, namun kapsyen yang ditulis oleh pengguna TikTok tersebut telah mengundang sebak ramai.

Dalam video itu, pengguna Tiktok ini menulis seperti berikut:

Sponsored

“Sedih gila rasa tengok video ni. Pada yang cakap Puteri Sarah buka aib suami, tengok bertapa kurusnya Puteri Sarah masa ni.

Bayangkan berapa lama dia pendam semuanya tanpa dedahkan apa2 pada sesiapa, cengkung mata kurang tido, masih tersenyum depan anak2. Walaupun hati menahan seribu kesakitan. Semangat lagi promot produk walaupun nampak sangat lesu. Wanita yang sangat kuat”

Di ruangan komen ramai akui yang pada waktu ini Puteri Sarah nampak tidak bermaya. Malah netizen juga turut mendoakan kebahagian buat Puteri Sarah.

Berikut antara yang ditinggalkan di perkongsian video keadaan Puteri Sarah nampak cengkung dalam video lama ini:

“Sarah dah banyak sangat nangis. Mulakan hidup baru Sarah..Awak berhak untuk bahagia..Awak kuat”

“Orang asyik tuduh dia buka aib suami..Padahal sebelum ni dia dah cuba diamkan dengan harapan Sol selamatkan rumahtangga mereka”

“Time ni dia tengah berjuang sorang2”

“Kesian Sarah cengkung sangat muka dia masa ni”

SumberTikTok