‘Outfit’ Aina Abdul viral lagi, bikin peminat kagum macam helang, “Makk bidadari turun”

Sponsored

Sebut sahaja nama Aina Abdul, dirinya bukan sahaja disukai kerana bakat nyanyiannya yang tidak perlu dipertikaikan lagi namun disebabkan keunikan penyanyi popular ini dalam mengayakan busana ketika membuat persembahan.

Jarang outfit digayakan Aina Abdul membuatkan peminat dan netizen merasa gagal kerana setiap yang dipakai tentu mengundang rasa terkejut dengan keunikan serta begitu menarik yang menampilkan kelainan tersendiri. Seperti biasa, outfit Aina Abdul tular lagi apabila dia diruangan Instagram memuat naik beberapa keping foto.

Sponsored

Outfit Aina Abdul jadi bualan netizen

Perkongsian Aina Abdul itu dikatakan seperti burung helang apabila dia mengayakan busana yang dilihat mempunyai kepak dan keunikan yang dibawa dirinya kali ini tidak mengecewakan buat peminat.

Sponsored

Mana tidaknya, ramai memberikan pujian dengan busana digayakan dia disebuah acara dan sikapnya yang mengambil serius dalam setiap perkerjaannya membuatkan dia diberikan komen positif.

Aina Abdul juga dikatakan mempunyai kelas tersendiri dan selain dikenali sebagai penyanyi berbakat besar, dia juga sentiasa membawa imej yang unik ketika membuat persembahan mahupun menghadiri acara dan menerusi beberapa keping foto dikongsikan itu turut ditinggalkan ribuan tanda suka.

Sponsored

‘Alwaysss slayyy. Ada class tersendiri sentiasa presentable dan tak ambik mudah pekerjaan sebagai selebriti’

‘Makk bidadari turun makk’

Aina

‘Dah… terbang ke mana pulak Aina hari ini’

Aina

‘Takut Aina ter terbang, dah macam helang. Amazing selalu cantik’