Selain pasangan selebriti, Fattah Amin dan Fazura, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal, pasangan sama cantik, sama padan iaitu Zizi Kirana dan suami, Yusuf Bahrin juga antara selebriti yang disukai oleh peminat. Apatah lagi, pasangan ini jarang terpalit kontroversi sejak mendirikan rumah tangga pada 19 September 2021.
Dalam pada itu, Zizi Kirana juga membuatkan ramai kagum dengan imejnya yang sopan. Malah ketika membuat persembahan juga, Zizi Kirana tetap menjaga imejnya dengan memakai pakaian yang menutup aurat membuatkan peminat semakin meminati Zizi Kirana dan mengikuti setiap perkembangannya.
Zizi Kirana dipuji ramai
Malah melihatkan satu perkongsian video yang dikongsikan oleh seorang individu di media sosial, Zizi Kirana dan suami menarik tumpuan ribuan warganet untuk menonton gelagat mereka dalam rakaman pendek ini yang memaparkan mereka mengunjungi sebuah kedai kereta.
Dalam pada itu, ramai yang begitu tertarik dengan pasangan sama cantik, sama padan ini bersama. Ruangan komen juga nampaknya penampilan simple kedua-dua selebriti ini membuatkan mereka dipuji warganet.
Warganet puji penampilan Zizi Kirana dan Yusuf Bahrin
Selain penampilan simple Zizi Kirana dan Yusuf Bahrin disukai peminat, ada juga yang memuji kecomelan Zizi Kirana yang kecik molek dan klip video tersebut setakat ini ditonton ribuan kali selepas dikongsikan beberapa jam yang lalu.
‘Comelnya Zizi, pernah jumpa depan-depan…’
