Setiap kali isu membabitkan kisah kecurangan dalam rumah tangga, pasangan selebriti yang sejak dahulu dikenali ramai dengan perjalanan kejayaan mereka iaitu Aeril Zafrel dan Wawa Zainal yang sentiasa bersama bertahun-tahun juga menjadi perhatian.
Aeril Zafrel dan Wawa Zainal merupakan pasangan contoh yang disenangi ramai. Mereka telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2013 dan dikurniakan empat cahaya mata, dua lelaki dan dua perempuan. Aeril Zafrel juga dipuji sebagai suami yang setia dan romantis dalam kalangan selebriti.
Walau bagaimanapun dalam isu pihak ketiga dalam rumah tangga yang kini sedang hangat diperkatakan, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal juga di temubual. Mereka menerima pertanyaan mengenai hal tersebut dan reaksi pasangan ini bagaimanapun turut menjadi perhatian ramai dan jawapan kedua-duanya juga dipuji warganet.
Aeril Zafrel juga berkata dia setia dengan Wawa Zainal dan mendoakan yang baik-baik sahaja dan dalam pada itu dia juga memikirkan anak-anak yang mungkin akan menerima tempias.
Video temubual Aeril Zafrel dan Wawa Zainal
Perkongsian Media Hiburan itu menerima pelbagai reaksi daripada warganet dan peminat mereka. Dalam pada itu, Wawa Zainal mendedahkan suaminya itu juga menerima mesej tidak sepatutnya namun Aeril Zafrel menganggap perkara tersebut normal dan tindakannya membiarkan kerana merasakan ia taktik scammer.
‘Tak kaya kalau awak takde, kalau semua reti menghargai pasangan camni, insyaAllah aman hidup’
‘Aeril dengan Wawa ni dari sebelum kahwin sampai sekarang dia punya ngam tu tetap sama…’
‘Comelnya kamu…’
‘Pakej semua ada…’