Pelakon Korea Puji Keenakan Aiskrim Gula Apong Di Malaysia, “Saya Bukan Penggemar Aiskrim Tapi Ni Sedap…”

Sponsored

Baru-baru ini, viral di platform Tik Tok apabila pelakon terkenal Korea iaitu Yoo Seungho dilihat berada di Kuching, Sarawak untuk melakukan penggambaran. Difahamkan, pelakon itu tiba di Sarawak untuk sesi penggambaran program realiti ‘Off The Grid’.

Di dalam rancangan itu, Seungho bersiar-siar di sekitar Kuching untuk menerokai budaya dan makanan penduduk tempatan. Apa yang turut meraih perhatian ramai ialah pelakon itu sempat mencuba aiskrim gula apong yang menjadi makanan yang wajib dicuba di Sarawak.

Sponsored

Menerusi video yang dikongsikan itu, Seungho berkunjung ke sebuah kedai menjual aiskrim gula apong untuk merasai sendiri pencuci mulut terkenal di sana. Menurutnya, cuaca yang panas semasa penggambaran itu adalah waktu yang sesuai untuk menikmati aiskrim itu.

Walaupun dia bukanlah seorang yang suka makan aiskrim, Seungho memberitahu aiskrim gula apong yang dicubanya ini sangat sedap dan dia mampu menghabiskannya dalam sekelip mata sahaja. Perkongsian itu juga telah meraih perhatian netizen yang turut sama kagum apabila aiskrim gula apong itu digemari pelakon Korea ini.

Sponsored

Meninjau di ruangan komen, ada juga yang meluahkan rasa terkejut melihat pelakon itu melakukan penggambaran di Malaysia. Tidak kurang juga yang berseloroh mahu mencuba sendiri aiskrim gula apong yang dicuba Seungho ini untuk merasai kesedapannya.

“Kalau saya staff tu sudah lama teriak yoo seungho di depan mata.”

Sponsored

“Member healing dekat kuching tak balik-balik ke.”

“Wah untung dapat jumpa Yoo Seungho.”

Sekadar info. Yoo Seungho merupakan pelakon dan model terkenal di Korea dan sudah mula menceburkan diri dalam bidang hiburan sejak kecil lagi. Antara drama popular lakonannya ialah I’m Not A Robot di mana dia bergandingan dengan pelakon wanita, Chae Soobin.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumbertik tok