Filem animasi tempatan yang membuatkan rakyat Malaysia cukup berbangga, Mechamato nampaknya terus mencetuskan fenomena luarbiasa sekali. Beberapa hari lalu filem Mechamato telah pun kumpul jumlah kutipan mencecah RM22 juta.
Mula ditayangkan pada 8 Disember lalu, sehingga ke hari ini filem animasi tersebut masih ada slot tayangannya di pawagam seluruh Malaysia.
Malah baru-baru ini pengarah filem animasi ini meluahkan rasa terujanya apabila ada peminat setia Mechamato sanggup terbang dari Jepun demi karya kreatif hebat ini.
Pengarah filem animasi ini teruja
Perkongsian tersebut diluahkan pengarah filem tersebut, Nizam Abd Razak menerusi ciapan di Twitter miliknya baru-baru ini. Berikut adalah perkongsiannya itu:
Menerusi tulisan pengarah tersebut, dia memberitahu pemilik akaun Twitter dari Jepun itu terbang ke Malaysia untuk menyaksikan Mechamato di sini.
Terbang dari Jepun ke Malaysia untuk saksikan Mechamato
Malah di akaun asal tersebut, individu berkenaan yang juga peminat setia Mechamato menulis seperti berikut:
Keterujaan individu berkenaan dapat tonton Mechamato di tayangan di Malaysia ini mendapat perhatian pengarah filem berkenaan.
Begitulah penangan hasil karya hebat sehinggakan bukan sahaja rakyat Malaysia tidak kira lapisan usia teruja dengannya malah dari luar negara juga turut hargainya.
Kisah Amato
Berkisarkan mengenai bagaimana Amato, bapa kepada Boboiboy dari awal mendapat kuasa Sphera. Filem ini penuh aksi, plot dan ada terselit humor yang mampu mengusik jiwa penontonya. Untuk info, filem animasi ini bukan sahaja buat penonton cilik terhibur malah yang dewasa juga boleh geli hati bila menonton aksi karakter di dalam karya ini.