Pemuda Makan Roti Cicah Air Banjir, Netizen Tegur Jangan Cari Penyakit, “Sebab Content Sanggup…”

Sponsored

Hujan lebat yang berterusan semalam menyaksikan beberapa kawasan di Pantai Timur telah dinaiki air dan menghadapi banjir besar. Jabatan Meteorologi Malaysia turut memaklumkan menjangkakan hujan lebat berterusan sehingga Rabu ini di Terengganu, Kelantan dan Pahang.

Turut dapat disaksikan di media sosial, beberapa kawasan yang mengalami kenaikan paras air yang tinggi. Dalam masa yang sama, turut tular satu hantaran video yang kini menerima kecaman ramai selepas seorang lelaki dilihat mencicah roti di dalam air banjir sebelum dimakan.

Sponsored

Di dalam video yang dimuat naik itu, kelihatan seorang pemuda dan rakannya yang sedang duduk mencangkung menghadap air banjir di kawasan mereka. Pemuda itu kemudiannya mencicah roti yang dipegang ke dalam air banjir sebelum memakannya.

Perkongsian video itu kemudian tular di media sosial dan mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen. Ramai yang mengutuk tindakan pemuda itu yang sanggup melakukan perkara bodoh seperti itu semata-mata demi ‘content’ di media sosial.

Sponsored

Netizen turut mengingatkan orang ramai tentang bahaya air banjir yang mempunyai pelbagai jenis kotoran dan kuman yang boleh membahayakan seseorang. Apatah lagi untuk dimakan seperti yang dilakukan oleh pemuda ini.

Meninjau di media sosial, netizen turut mengecam tindakannya ini yang boleh memakan diri dan mengakibatkan cirit birit teruk. Ada juga yang mendoakan pemuda itu terselamat daripada segala jenis penyakit berbahaya yang boleh membahayakan nyawanya.

Sponsored

Sekadar info, tiga negeri di Pantai Timur mengalami krisis banjir selepas hujan lebat berterusan semenjak minggu lalu. Dijangkakan lebih ramai mangsa banjir yang akan dipindahkan sekiranya hujan lebat berterusan dan peningkatan paras air sungai akan berlaku dengan cepat.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.