Sebelum ini, pemuda dikenali sebagai Ubai yang merupakan kekasih kepada penyanyi Shila Amzah telah menerima kritikan netizen gara-gara penampilannya di AJL37. Netizen mengatakan penampilan lelaki itu kelihatan selekeh dan tidak sesuai untuk acara berprestij seperti pentas AJL yang berlangsung baru-baru ini.
Walau bagaimanapun, ada juga yang mempertahankan Ubai memandangkan lelaki itu bukanlah dari golongan selebriti. Sebaliknya dia cuma menghadiri majlis anugerah tersebut untuk memberikan sokongan kepada Shila yang bertanding sebagai peserta pada malam tersebut.
Seperti mengetahui penampilan kekasihnya dikritik, Shila baru-baru ini berkongsikan momen di mana dia membawa Ubai ke sebuah salon untuk mengubah gaya rambutnya. Di dalam video yang dikongsikan itu, Shila memberitahu mereka menghabiskan masa selama satu jam setengah di salon rambut tersebut.
Dalam masa yang sama, kelihatan Ubai yang menerima potongan dan gaya rambut yang baru sekaligus memberikan penampilan yang berbeza dari sebelum ini. Shila juga turut berkongsikan momen di mana Ubai meluangkan masa bersama anaknya, Seth Uwais selepas mereka pulang dari salon itu.
Komen netizen
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan pujian di atas usaha Shila dalam menjaga penampilan kekasihnya yang semakin menjadi perhatian ramai sekarang ini. Penampilan terbaru Ubai juga turut dipuji oleh netizen di mana dia kini kelihatan lebih kemas berbanding dahulu.
“Macam oppa dah.”
“Rambut baru nampak lebih matang.”
“Suka rambut dia, nampak fresh sangat.”
Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.