Bertugas sebagai seorang pengacara yang mengendalikan sesebuah rancangan bukanlah sesuatu yang mudah. Selain dari memerlukan kepetahan berkata-kata, seseorang pengacara itu sememangnya kena bijak dalam mengawal pelbagai situasi yang tak dijangka.
Biarpun begitu, baru-baru ini satu rakaman dengan paparan dua pengacara Wanita Hari Ini (WHI) telah menjadi bualan hangat ramai. Dalam perkongsian tersebut dipaparkan dua pengacara WHI yang terdiri dari Fiza Sabjahan dan Fatin Hamimah Yusof tidak dapat menahan ketawa dengan keletah masing-masing.
Semuanya bermula apabila Fiza Sabjahan meluahkan yang mereka berdua mungkin akan bersama-sama dengan kumpulan marhaban bila sudah meningkat usia. Mendengarkan kata-kata Fiza tersebut, rakan penyampai Fatin mula tertawa namun tidak mengeluarkan sebarang suara.
Berikut adalah perkongsian rakaman dengan paparan dua pengacara WHI tertawa tanpa suara ketika mengendalikan rancangan tersebut:
Bermula dari seorang yang mudah terhibur dan tertawa tanpa suara, seorang lagi pengacara turut ketawa dengan cara yang sama.
Malah siaran langsung tersebut tergendala seketika apabila kedua-dua pengacara WHI tertawa dalam diam. Situasi ini telah membuatkan ramai terhibur menyaksikan gelagat dua pengacara tersebut.
Di ruangan komen, rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka yang terhibur itu seperti berikut:
“Wey lama tak tengok WHI.. Tak tau ada scene ni..Berjangkit gelak sampai sini. Terhibur”
“Gelak senyap ni bahaya..Susah benti”
“10-15 tahun lagi kita pun join marhaban..Her friend was likes: Lamberttt lagi”
“Ingat senang kena nak normal balik setelah terjebak dengan silent laughing ni”
Sumber: TikTok WHI