Pengantin Baru Sampai Merah Muka, Kena Usik Bawa Bekal Makanan Ada Nota Romantik

Sponsored

Dalam keadaan ekonomi yang semakin tidak menentu ini, ramai yang mula membawa bekal makanan ke tempat kerja. Malah cara ini juga lebih menjimatkan wang dan membantu menguruskan perbelanjaan bulanan dengan lebih baik.

Baru-baru ini pula, tular satu rakaman video memaparkan gelagat pengantin baru yang membawa bekal makanan dimasak oleh isterinya. Namun ada sesuatu yang menarik perhatian rakan-rakan lain apabila terdapat satu nota romantik dikirimkan si isteri pada bekal tersebut.

Sponsored

Lebih melucukan, lelaki itu mencuba sehabis baik untuk menyorokkan nota tersebut namun akhirnya dibacakan juga rakan-rakan lain. Malah lelaki itu juga sampaikan merah muka menahan malu apabila menjadi bahan usikan rakan-rakannya.

“Have a good day, baby. Jangan gatal. I love you.”

Sponsored
@yusrychow

Pengantin baru sarapan pagi lain macam haha #fyp

♬ original sound – yusrychow – yusrychow

Perkongsian video itu juga kemudian tular dan menerima lebih dari lima juta tontonan setakat ini. Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa cemburu dengan lelaki itu yang dikurniakan seorang isteri yang cukup romantis.

Dalam masa yang sama, netizen turut memberitahu sepatutnya lelaki itu berasa bangga dengan nota yang dikirimkan si isteri. Tidak kurang juga yang berseloroh, pastinya rakan-rakan lelaki itu sebenarnya berasa cemburu dengan bekal dan nota yang diterimanya ini.

Sponsored

“Aku lagi bangga kalau bini aku tulis note macam tu sebab apa bukan senang nak dapat bini macam tu tau…”

“Tak paham aku ada member gini. Macam ni la laki aku kena dulu, member gelakkan dia sebab bawa bekal. Sampai sekarang dia tak nak bawa bekal lagi…”

“Ada lagi notes kat belakang tu, jangan bagi hilang tupperware.”

Bukan itu sahaja, rata-rata netizen menganggap lelaki yang mendapat bekal dimasak oleh isteri sebagai beruntung kerana ia adalah simbol kasih sayang si isteri kepada suaminya. Oleh itu, kaum lelaki tidak sepatutnya berasa malu atau segan sekiranya membawa bekal ke tempat kerja.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumbertik tok