Pengunjung Tercampak Di Fun Fair Puncak Alam, Dipercayai ‘Sotong Ride’ Tak Seimbang

Sponsored

Malam tadi Malaysia dikejutkan dengan satu tragedi yang berlaku di Fun Fair Puncak Alam. Tragedi tersebut melibatkan pengunjung yang bermain salah satu permainan di situ dan tercampak keluar hingga menyebabkan cedera parah.

Difahamkan kejadian tersebut berlaku di tapak Fun Fair berhampiran Eco Grandeur di Puncak Alam Selangor. Menerusi perkongsian rakaman oleh seorang pengguna TikTok yang berada di lokasi kejadian, individu tersebut mendakwa permainan Sotong Ride tersebut tidak seimbang.

Sponsored

Ini bermaksud penumpang yang menaikinya tidak seimbang menyebabkan kemungkinan insiden tersebut berlaku. Menurutnya ruang yang dinaiki penumpang terlibat kemalangan tersebut hanya memiliki tiga ruang tempat duduk berbanding yang lain ada empat.

Jadi ini menyebabkan permainan tersebut tidak seimbang sekaligus berkemungkinan insiden itu boleh berlaku. Berikut adalah rakaman tersebut yang dikongsikan oleh pengguna TikTok tersebut:

Sponsored
@ika121212

Replying to @@Liaa 🦋 doakan yang baik2 ye . Kesian tengok kan . Lepas ni naik pstikan lengkap sotong tu 🫣 #fyp #funfairpuncakalam

♬ Yasir Lana – arief akdw

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan pendapat mereka sendiri mengenai insiden tersebut. Ada yang akui ia adalah salah fun fair itu sendiri.

“Okey salah funfair sebab tak seimbang”, kata salah seorang pengguna media sosial ini.

Sponsored

Selain dari itu, seorang netizen berpendapat kemalangan ini bukan dipercayai sebab tak seimbang namun ia disebabkan oleh permainan sudah longgar atau tidak kemas.

“Rasenya bukan sbb tk seimbang tapi sbb kerosakn tu. dah longgar ke atau xkemas ke apa ke entah laaaa”, Kata netizen.

Malah ada juga yang menasihatkan supaya elak dari menaiki sebarang permainan sebegini di fun fair kerana maintenance peralatan yang tidak baik.

“Jgnla naik apa2 dekat temporary funfair (yg bole cabut/pasang semula dekat tmpt lain)…mmg maintenance kelaut”, tulis warganet.