Penonton AJL 37 Di Rumah Luah Kecewa Dengan Kualiti Secara Langsung Di TV3

Sponsored

Berlabuhnya tirai acara gilang-gemilang Anugerah Juara Lagu 37 bersiaran langsung dari Axiata Arena, Bukit Jalil Kuala Lumpur. Menghimpunkan 12 lagu berentap bagi merebut gelaran juara, anak seni tanah air juga berkumpul di sana bagi meraikan peserta yang bertanding.

Anugerah Juara Lagu 37 tahun ini adalah milik Aina Abdul menerusi lagunya berjudul Terus Hidup. Lagu ini adalah ciptaan sepenuhnya oleh Aina Abdul sendiri.

Sponsored

Apatah lagi melihatkan persembahannya pada malam itu seakan ‘masterpiece’ dan konsert milik penyanyi ini sendiri. Bagaimanapun menerusi media sosial, penonton AJL 37 di rumah luah kecewa dengan jurukamera dan tahap ‘sound system’ bagi acara gilang-gemilang ini.

Baru beberapa peserta yang membuat persembahan sudah membuatkan penonton ‘rengsa’ menyaksikannya rancangan secara langsung ini di rumah.

Sponsored

Meninjau di ruangan komen, ramai penonton meluahkan rasa kecewa dengan kualiti yang dipaparkan oleh rancangan ini biarpun sudah bertahun mengadakannya. Berikut antara luahan penonton AJL 37 di rumah yang tidak berpuas hati dengan ‘art berat’ jurukamera dan pelbagai perkara lain yang ditinggalkan di ruangan komen Instagram ini:

“AJL ke iklan? Tak dengar. Kenapa tak improve soundman? Buang masa praktis tetapi tak dengar semasa actual day”

Sponsored

“Masih sama..Kualiti teruk.. Kamera sana sini..Suara tak jelas..adoi adoi”

“Audio mic host dan penyanyi memang macam tu ke?? Muzik lebih kuat”

“Ni rancangan AJL ke atau rancangan promosi produk..Mic out..camera shot out”