Pada malam tadi, penonton setia Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9) akhirnya dapat mengetahui siapakah juara GV9. Selepas 10 minggu menemui penonton di Astro Ria setiap Ahad, malam tadi ramai begitu seronok menonton konsert akhir Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9) dengan enam peserta telah melakukan yang terbaik.
Menepati ramalan ramai apabila juara GV9, Jaclyn Victor saban minggu sentiasa berhasil mencuri perhatian juri serta penonton dengan bakat luar biasanya apabila menyanyi. Selain Jaclyn Victor, Bob Yusof dinobatkan sebagai naib juara, tempat ketiga merupakan Shila Amzah manakala tempat keempat, kelima dan keenam dimenangi oleh Tomok, kumpulan V.E dan Hazrul Nizam.
Hazrul Nizam sebagai tempat keenam
Meskipun begitu, selepas diumumkan Hazrul Nizam mendapat tempat keenam, ternyata ada yang meluahkan rasa kecewa dan tidak puas hati mereka tentang kedudukan penyanyi tersebut. Untuk info, bagi tempat keenam pemenang akan membawa pulang wang tunai, RM10,000.
Melalui satu perkongsian video pendek ini disaat Hazrul Nizam dinobatkan sebagai tempat keenam, ternyata diruangan komen ramai meluahkan rasa kurang senang dengan kedudukan tersebut kerana merasa dia layak untuk mendapat tempat ketiga atau keempat.
Dikatakan lebih layak tempat ketiga atau keempat
Menerusi muat naik tersebut, ternyata ramai mengambil kesempatan itu meluahkan rasa tidak puas hati namun ada juga diruangan komen memberikan ucapan tahniah buat Hazrul Nizam.
‘Tempat keenam…’

‘Patutnya dapat no 4 atau no 3 tadi hmm’

‘Merepek la dia number 6…’

‘Tak layak nombor 6…’


Sumber: Astro Gempak, Officialriax