Penyanyi lagu ‘Langit Yang Sama’ nyanyi live, netizen terpukau!

Sponsored

Buat pengguna media sosial, tentu cukup familiar dengan nama penyanyi dan personaliti media sosial, Dalia Farhana. Dia sering tular mendapat perhatian warganet disebabkan suara merdunya yang apabila membawa lagu sedih pasti akan membuatkan pendengar terkesan.

Sebelum ini, Dalia Farhana sering menerima permintaan netizen untuk cover lagu-lagu yang menjadi fenomena di media sosial. Namun pada kali ini, lagu terbaharu dilancarkan Dalia Farhana pula viral mendapat perhatian orang ramai dengan diberi judul Langit Yang Sama.

Sponsored

Sebulan dilancarkan di YouTube XO House, Dalia Farhana mencuri tumpuan warganet dengan ditonton 2.1 juta kali di platform tersebut. Single terbaharu penyanyi tersebut berjaya membuatkan ramai meminatinya apatah lagi suaranya juga sudah tidak diragu-ragukan lagi.

Bakat Dalia Farhana bagaimanapun semakin mendapat sokongan ramai. Terbaharu pula, suara Dalia Farhana menarik ribuan netizen yang hadir di satu perkongsian seorang individu yang mana orang ramai dapat mendengar suara Dalia Farhana menyanyikan lagu Langit Yang Sama itu secara live.

Sponsored
@nurulafrinaaa

Siapa tahu lagu ni “langit yang sama” tapi tak kenal siapa penyanyi nya? Kita geng 🙋🏼‍♀️ Tapi suara live sedap sangat @daliafarhana & lagu best ❤️ #fyp #numiskincare #FounderNumi #skincare #bussiness

♬ original sound – Founder Numi – Founder Numi

Suara nyanyi live Dalia Farhana itu juga mengundang rasa terkedu netizen yang turut memberikan pujian terhadapnya.

‘Ohh ni lah penyanyi asal lagu ni. Terbaik la sedap suaranya’

Sponsored

Menerusi ruangan komen di YouTube, lagu Dalia Farhana itu dihujani reaksi positif netizen yang akui terkesan rasa sedih dengan nyanyiannya. Ada juga yang mengatakan lagu ini sesuai dinyanyikan oleh Dalia Farhana.

SumberXO House