Pesanan Azhar Sulaiman Pada Leona Siapa Nampak ‘Double Chin’, “Pak Dia Gurau Kasaq Noo!”

Sponsored

Anak gadis kepada pelakon popular, Azhar Sulaiman iaitu Leona ini juga turut dikenali ramai. Kasih Iris Leona yang juga merupakan pempengaruh di media sosial memiliki pengikut yang menyenanginya.

Biarpun sering terpalit kontroversi, namun anak muda ini boleh dikatakan seorang yang bijak. Kini Kasih Iris Leona sedang menyambung pelajaran di luar negara.

Sponsored

Bagaimanapun, satu muat naik yang dikongsikan menerusi Instagram bapa Leona, Azhar Sulaiman baru-baru ini telah mencuri perhatian ramai. Dalam video itu diletakkan wajah Leona terkini dengan gaya tarian bersebelahan.

Berikut adalah perkongsian tersebut yang turut dikepilkan pesanan Azhar Sulaiman pada Leona:

Sponsored

Dalam video itu nampaknya Leona sudah sedikit berisi dengan double chin jelas kelihatan. Pesanan Azhar Sulaiman pada Leona ini pula meminta anaknya itu melakukan tarian seperti yang ditunjukkan dalam video tersebut.

Malah Azhar sempat berpesan jangan guna dadah pada anaknya itu. Di ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan yang mereka terhibur dengan pesanan seorang bapa pada anaknya ini.

Sponsored

Berikut antara yang ditinggalkan di ruangan komen perkongsian ini:

“Pak dia gurau kasaq noo! Muka dah cam mami dia”

“Leona dah pandai masak kutt. And cheese kat sana murah kan. So extra cheese in everything”

“Hahaha terjadinya bila Leona cuba pelbagai resepi”

“Sayang papa kepada anaknya. Pesanan yang comel lucu tapi ada makna yang tajam”