Pinggan ‘Berdaki’ Digunakan Di Kedai Makan, Pendedahan Youtuber Ini Buat Ramai Kembang Tekak!

Sponsored

Baru-baru ini satu perkongsian paparan yang diambil dari pendedahan Youtuber mengenai satu kedai makan telah mencuri perhatian ramai. Dalam perkongsian tersebut dipaparkan kedai makan itu menggunakan pinggan ‘berdaki’ menghidangkan makanan pada pelanggan.

Muat naik yang dikongsikan menerusi akaun Twitter JatIkhwan itu membuatkan ramai kembang tekak. Tulis pengguna media sosial berkenaan, dia sendiri akui geli melihatkan keadaan bawah pinggan tersebut.

Sponsored

“Ni mesti bilas je dalam besen tak gonyoh. Bahayakan kesihatan. Moga pengusaha kedai makan cakna benda-benda gini”. Berikut adalah muat naik tersebut:

Bukan sahaja berdaki, malah pinggan itu juga turut retak! Menerusi perkongsian video Youtuber ini, dia dan keluarganya belum selesai makan dan salah seorang menunjukkan keadaan pinggan tersebut.

Sponsored

Selain dari itu Youtuber berkenaan turut menegur kedai makan tersebut dan bertanya mengapa menggunakan pinggan dalam keadaan itu. Namun jawapan pekerja wanita kedai makan itu adalah mereka tidak perasan.

Berikut adalah muat naik video Youtuber dedah keadaan pinggan digunakan untuk hidangkan makanan kepada pelanggan:

Sponsored

Turut kedengaran lelaki ini memberitahu bukan niatnya untuk menutup ‘periuk nasi’ pemilik kedai berkenaan tapi kebersihan seharusnya diutamakan. Di ruangan komen perkongsian mengenainya di Twitter itu, rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka seperti berikut:

“Pernah kena lama dah. Masa nak amik pinggan terasa macam berlendir. Sekali telangkup..tu dia. JIjik. Sejak tu memang akan check belakang pinggan.”

“Nak bagi kucing makan guna pinggan tu pun rasa bersalah. Ni dia bagi manusia makan geng adumak”

“Pinggan ke artifak tu? Kalau campak kat tanah orang muzium ingat barang 100 tahun tu”

“Peh tengok video habis seh rojak tu dia makan, sekali tengok belakang pinggan loya terus tekak teman”