PU Syed pertikaikan segelintir individu bangga kemenangan Michelle Yeoh di Oscars, “Tidak bermanfaat kepada urusan agama”

Sponsored

Sejak beberapa hari lalu tular di sosial media apabila pelakon kelahiran Ipoh, Perak, Tan Sri Michelle Yeoh berjaya merangkul Anugerah Akademi (Oscars) ke-95. Satu pencapaian luar biasa yang mana buat pertama kalinya anak kelahiran Malaysia menang anugerah di acara kebanggaan Hollywood, Oscars.

Bagaimanapun, pencapaian tersebut dipertikaikan oleh seorang pendakwah selebriti dikenali dengan nama PU Syed. Dalam satu muat naik di Instagram, PU Syed pertikaikan sikap segelintir individu yang terlalu bangga dengan pencapaian anugerah Oscars oleh Tan Sri Michelle Yeoh tersebut.

Sponsored

Menulis di media sosial tersebut, PU Syed menyifatkan kejayaan bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik oleh aktress tersebut tidak perlu dibanggakan kerana tiada manfaat kepada agama.

Berikut adalah tulisan oleh PU Syed pertikaikan sikap segelintir individu bangga dengan kejayaan Michelle Yeoh di Oscars tersebut:

Sponsored

“Apa dibangga dengan anugerah Oscar? Membanggakan Malaysia? Apa yang perlu dibanggakan sangat tu?

Kita tak boleh berbangga dengan sesuatu yang tidak bermanfaat kepada urusan agama..Biarlah mereka nak berbangga dengan kejayaan itu tidak kepada yang beriman”

Sponsored

Meninjau di ruangan komen, segelintir netizen ada juga yang kurang bersetuju. Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen tersebut:

“Ustazah saya kata kita orang Islam tak boleh sebarkan atau bercakap benda yang tak sepatutnya dicakap. Cukuplah berdakwah dengan baik dan tidak memberikan apa2 pandangan yang negatif pada orang muslim dan non-muslim.”

“Tak de faedah juga pada akhirat kita..Dia menang untuk pencapaian diri sendiri dan keluarga dia saja..Pencapaian tu juga kepuasan dia selepas berpuluh tahun kerja keras”

“Semuanya negatif..Hmmm we just celebrated her winning Oscar bukan sokong atau support lgbt je..Sebb watak dia..”

“Saya faham apa PU cuba sampaikan..Memang dia tak bawak faedah pun..”