Puncak Menara Merdeka 118 Diceroboh Sekali Lagi, Kali Ini Oleh Youtuber Warga Asing!

Sponsored

Awal bulan lalu kecoh apabila ada media yang melaporkan pasangan warganegara Rusia menceroboh puncak Menara Merdeka 118 di Kuala Lumpur. Pencerobohan pasangan mat saleh itu membuatkan ramai tidak senang dan tertanya-tanya bagaimana sistem keselamatan di menara tersebut hingga pasangan berkenaan boleh melakukan tindakan begitu.

Menara kedua tertinggi sekali lagi diceroboh

Terbaharu, satu lagi laporan yang mengatakan puncak Menara Merdeka 118 sekali lagi diceroboh. Kali ini si pelaku adalah Youtuber yang juga berbangsa asing. Difahamkan kumpulan Youtuber berkenaan yang terdiri dari 4 orang tersebut memuat naik satu video mereka berjaya menyelinap dan sampai ke puncak menara berkenaan.

Sponsored

Pakai pakaian pekerja binaan

Dalam video itu terlihat mereka berempat memakai jaket keselamatan seakan pekerja binaan supaya tidak terkantoi. Mereka kemudiannya memotong jaring keselamatan yang digunakan untuk menutup laluan masuk.

Sejurus itu Youtuber tersebut memanjat bangunan Menara Merdeka 118 dan menuju ke puncaknya. Kedengaran suara yang memberitahu mengenai perjalanan ke puncak Menara Merdeka 118 diceroboh mereka tersebut dengan mengatakan seperti berikut:

Sponsored

“Sebentar tadi saya dan 3 rakan penjelajah je Kuala Lumpur untuk mendaki dan mengambil gambar dari puncak Merdeka 118 iaitu bangunan kedua tertinggi di dunia dengan ketinggian 679 meter.”

Tahu risiko mungkin dipenjara

Tambahnya lagi dia memberitahu perjalanan menuju ke puncak itu panjang dan penuh cabaran. Malah dia turut memberitahu sebelum ini ada beberapa percubaan oleh individu lain dan berakhir dengan hukuman penjara. Maka mereka sedar mungkin berhadapan dengan perkara sama.

Sponsored

Bagaimanapun perjalanan itu berakhir dengan jayanya dan hadiah untuk hujung tahun 2022. Malah individu berkenaan turut berpesan tidak mengalakkan orang lain melakukan perkara yang ditunjukkan dalam video tersebut.

SumberYoutube