Puteri Sarah Kongsi Selepas Solat Tahajud, Allah Tunjukkan Segalanya, “I Macam CSI…”

Sponsored

Kisah rumahtangga pelakon jelita, Puteri Sarah Liyana dan pengarah tersohor, Syamsul Yusof ini masih mendapat perhatian umum. Bermula dari tahun lalu, Puteri Sarah mendakwa ada orang ketiga dalam hubungan mereka.

Awal tahun ini pula satu demi satu video pendedahan telah dimuat naik menerusi kedua-dua akaun suami isteri ini. Malah Puteri Sarah sendiri tekad untuk menuntut cerai dan telah pun memfailkan tuntutan tersebut di Mahkamah Syariah.

Sponsored

Terbaharu, satu rakaman dengan paparan temubual secara live Puteri Sarah bersama Neelofa telah pun mencuri perhatian ramai. Dalam rakaman tersebut Puteri Sarah berkongsikan hikmah dia bertahajud dan berdoa ‘segalanya’ terbongkar.

Dalam rakaman itu, kedengaran Puteri Sarah berkata semoga orang yang buat salah itu diberikan hidayah. Tambahnya lagi dia mengambil masa selama seminggu untuk Allah tunjukkan semua selepas mengadakan solat tahajud.

Sponsored

“It took me one week bertahajud untuk Allah tunjukkan semua. Untuk Allah bukak hijab I. I macam CSI, zing dapat tahu, zing dapat tahu, macam tu,” ujar Puteri Sarah sambil ketawa.

Selain dari itu perihal Puteri Sarah solat tahajud dan dimakbulkan segalanya, selebriti ini bersama Neelofa juga turut membincangkan cara berdoa yang betul. Berikut adalah perkongsian video dengan rakaman paparan Puteri Sarah kongsi selepas Solat Tahajud Allah tunjukkan segalanya:

Sponsored
@amyqashrina

kuatnya seorang wanita apabila diuji. Masih mampu tersenyum untuk orang lain.#bestrong #fighter #puterisarahliyana #puterisarah #syamsulyusof #selebriti #viral @Amy Qashrina II

♬ original sound – Amy Qashrina II – Amy Qashrina Legacy

Selain dari itu, Puteri Sarah turut mendedahkan selepas kahwin dirinya korbankan segalanya. Tidak bekerja dan menumpukan sepenuh perhatian kepada rumahtangga mereka. Dalam masa enam tahun Puteri Sarah menjadi suri rumah, menjaga suami dan anak-anak.

@amyqashrina

Disuruh duduk rumah jaga anak diikutkan. Dilayan buruk didiamkan. Orang tua dimuliakan. Hubungan dengan mertua dijaga rapi tidak menyalahkan. Anak-anak dididik baik, sebaik-baik cita-cita didoakan.#bestrong #fighter #puterisarahliyana #puterisarah #selebriti #viral #irakazar #syamsulyusof

♬ original sound – Amy Qashrina II – Amy Qashrina Legacy

Sumber