Puteri Sarah Persoal Tindakan Tuntutan Nusyuz, Tidak Gentar Yakin Berada Di Pihak Yang Benar

Sponsored

Semalam kecoh di media sosial apabila pengarah tersohor, Syamsul Yusof memfailkan nusyuz terhadap isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana. Mengulas mengenai perkara tersebut, pelakon dan model, Puteri Sarah mempersoalkan tindakan suaminya iitu.

Menurut Puteri Sarah, dalam tempoh empat tahun rumahtangga mereka bergolak, Syamsul tidak pernah sekali pun membangkitkan hal dinyatakan dalam permohonan di mahkamah.

Sponsored

Puteri Sarah tertanya-tanya motif tuntutan

“Pihak saya merasa pelik kenapa tuntutan ini dibuat hanya pada waktu sekarang sedangkan masalah rumah tangga ini telah berlaku hampir empat tahun yang lalu. 

Tambah Puteri Sarah tindakan Syamsul itu tidak membuatkan dirinya gentar walau sedikit kerana yakin dia berada di pihak yang benar.

Sponsored

“Ini membuatkan pihak saya tertanya-tanya apakah tujuan dan motif tuntutan ini dibuat. Saya yakin saya di pihak yang benar dan tidak gentar untuk menghadapi tuduhan dan tuntutan yang terbaharu ini,” kata Puteri Sarah.

Syamsul dan Ira Kazar masih dalam siasatan

Dalam pada itu, Puteri Sarah turut memberitahu yang suaminya itu dan Ira Kazar masih dalam siasatan di bawah Akta 559, Akta Kesalahan Jenayah Syariah di bawah seksyen 23 iaitu persetubuhan luar nikah.

Sponsored

“Suka untuk saya ingatkan bahawa pihak di sebelah sana masih dalam siasatan di bawah akta tersebut. Dalam pengetahuan saya, mereka sudah dipanggil untuk memberi keterangan dan sedang menunggu tindakan lanjut daripada pihak mahkamah,” kata pelakon berusia 38 tahun ini.

Selain itu Puteri Sarah juga berasa pelik dengan tuntutan nusyuz ini seolah-olah dirinya yang memulakan kemelut rumahtangga ini. Puteri Sarah juga berharap segala kebenaran akan ditunjukkan dan berdoa semoga semuanya dipermudahkan.

Untuk rekod, Puteri Sarah dan Syamsul Yusof telah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam dan Sumayyah.

SumbermStar