Qistina Raisah Nasihatkan Wanita Jangan Bercinta Dengan Lelaki ‘Insecure’, “Tolonglah Jangan…”

Sponsored

Pelakon muda Qistina Raisah baru-baru ini ada memuat naik video di platform Tik Tok menceritakan tentang hubungan percintaan. Walaupun baru berusia 14 tahun, perkongsian nasihat dari remaja ini telah menerima sokongan dari rata-rata netizen di media sosial.

Menerusi video yang dimuat naik itu, Qistina berasa terpanggil untuk menasihatkan para wanita untuk mengelakkan diri dari bercinta dengan lelaki yang ‘insecure’. Menurutnya, lelaki seperti itu selalunya akan bertukar menjadi seorang yang kuat mengongkong di mana hubungan itu akan menjadi toksik pada akhirnya.

Sponsored

Menceritakan berdasarkan pengalamannya sendiri, Qistina sedar dia masih lagi muda untuk bercakap mengenai isu ini. Namun dia memberikan nasihat itu untuk dijadikan sebagai pengajaran kepada kaum wanita di luar sana.

“Bagi saya perempuan dekat luar sana tak kisahlah rupa awak macam mana pun. Tolonglah jangan bercinta dengan lelaki yang insecure…”

Sponsored

Tambahnya lagi, lelaki yang ‘insecure’ selalunya akan cemburu melihat pasangan mereka beramah mesra dengan orang lain. Terutamanya untuk selebriti seperti Qistina, dia pastinya tidak terlepas untuk berjumpa dan berinteraksi dengan orang ramai semasa bekerja.

Perkongsian dari pelakon remaja ini turut disokong oleh rata-rata netizen yang bersetuju dengan nasihat yang diberikan ini. Dalam masa yang sama, ramai yang tidak menyangka remaja berusia 14 tahun itu begitu matang untuk memberikan nasihat tentang percintaan seperti orang dewasa.

Sponsored

“Betul mula-mula insecure lama-lama ke toxic. Orang macam ni tinggal kan tak boleh disimpan.”

“Dia budak lagi tapi content dia kali ni masuk akal dan betul…”

“Weh kau betul dik kau muda lagi dik tapi dah berpengalaman.”

Sebelum ini, pelakon remaja ini menerima kecaman hebat selepas dikatakan menjalinkan hubungan cinta dengan seorang lelaki yang lebih berusia darinya. Malah ada yang mengatakan pelakon itu masih terlalu muda untuk bercinta apatah lagi dengan lelaki yang lebih tua dari usianya ini.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumbertik tok