Radhi OAG Di Konsert Dipertikai ‘Merapu’, Akui Tak Pandai Baca Al-Quran

Sponsored

Beberapa hari lalu kumpulan yang cukup popular menerusi lagu Merpati Putih, Old Automatic Garbage (OAG) telah mengadakan konsert OAG 30 Tahun Generasiku yang mengambil tempat di Stadium Melawati Shah Alam.

Sudah tentunya peminat kumpulan ini yang mana vokalisnya adalah Radhi telah menyerbu lokasi berkenaan bagi menyaksikan persembahan OAG. Malah lagu-lagu kumpulan ini masih mekar di ingatan peminat mereka biarpun sudah bertahun lamanya.

Sponsored

Walau bagaimanapun, aksi vokalis OAG iaitu Muhammad Radhi Razali atau lebih mesra dengan panggilan OAG telah mencuri perhatian ramai ketika di konsert berkenaan. Segelintir netizen ada yang berpendapat persembahan Radhi lain daripada yang lain dan dikatakan seperti merapu di atas pentas.

Dalam satu luahan seorang pengguna Twitter, dia berharap agar Agensi Antidadah Kebangsaaan (AADK) ada di belakang pentas. Berikut adalah luahan tersebut:

Sponsored

Selain dari itu ramai yang menyatakan kekesalan apabila konsert terbabit lambat bermula. Di ruangan komen, ada juga yang sempat merakamkan dan berkongsikan semula apa yang dilakukan Radhi OAG di konsert berkenaan.

Namun begitu di sebalik pelbagai reaksi negatif, ada juga yang memuji apabila Radhi OAG sempat mengajak penonton untuk berselawat. Selain dari itu, memetik laporan Harian Metro, terdapat beberapa perkara menarik lain yang berlaku di konsert berkenaan.

Sponsored

Antaranya adalah nama OAG yang pada asalnya adalah dari Old Automatic Garbage kini menjadi Orang Asia Genius atau boleh juga disifatkan sebagai Only Allah Greatest (Hanya Allah Maha Besar).

Tambahnya lagi, dia turut akui tidak pandai baca Al-Quran dan berharap berkesempatan untuk membacanya serta meminta orang ramai untuk doakannya.

“Saya tak pandai baca al-Quran. Semoga saya dikurniakan kesempatan oleh Allah untuk membaca al-Quran. Doakan saya, Insya-Allah,” ujar Radhi OAG di konsert berkenaan.