Rakan Selebriti Beri Kata Semangat Pada Sissy Iman, “Awak Dah Lakukan Terbaik Dik”

Sponsored

Semalam memasuki minggu keenam rancangan Famili Duo yang mana bertemakan tradisional telah menjadi bualan ramai. Rancangan berkonsepkan hiburan ini menampilkan pasangan dari keluarga sama sebagai peserta.

Antara yang sering mencuri tumpuan ramai adalah Sissy Iman dan Naim Daniel, Bella Astillah dan Wani Kayrie, Fyna dan Ayda Jebat, Siti Sisters dan ramai lagi.

Sponsored

Bagaimanapun semalam kecoh apabila salah seorang juri rancangan ini memberikan komen pedas kepada pasangan sepupu Naim Daniel dan Sissy Iman hingga menyebabkan salah seorang dari mereka menangis tersedu sedan.

Terbahru, dilihat Sissy Iman telah meluahkan perasaannya menerusi satu muat naik di Instagram miliknya. Berikut adalah luahan penyanyi muda yang juga guru vokal tersebut:

Sponsored

Dalam luahannya itu Sissy Iman menulis yang dia setuju yang mana dalam dunia seni kena ada sedar diri dan sedar ruang itu perlu ada. Mungkin dia tidak sedar atau tidak sedar sepenuhnya.

Tulisnya lagi dia tidak dapat bayangkan dirinya berhenti dari dunia muzik tapi malam ini dia dapat rasakannya. Sesuatu yang Sissy belajar dan cintakan sejak berusia 5 tahun tidak lagi mencintainya.

Sponsored

Perkongsian luahan penyanyi ini telah membuatkan ramai meninggalkan kata-kata semangat kepada Sissy Iman. Berikut antara tulisan kata-kata semangat kepada Sissy Iman yang ditinggalkan di ruangan komen ini:

“You did well! Since day one. Jangan pernah menyerah. You will never know maybe esok you akan dapat peluang dan ruang lagi besar. Come on Sissy!”

“You have done you best gal! Suka tengok you on stage. Always so energetic and bubbly”

“Jangan berhenti berkarya, tak semestinya satu tak suka orang lain pun tak suka…”

“Awak dah lakukan yang terbaik dik. Pemikiran yang saya puji kerana berani menjadikan lagu pop ke keroncong dan mengekalkan keaslian keroncong dalam nyanyian..”