Rakan Terdekat Shuib Perli Semula Kenyataan Jep?, “Kenapa Tak Cerita Perkara Yang Sebenar…”

Sponsored

Pelawak Jep akhirnya telah membuka mulut mengenai punca sebenar yang membuatkan Shuib enggan menyertai program Sepahtu Reunion Live. Menurutnya, Shuib mempertikaikan tindakan Astro yang telah menggantungnya selama dua episod selepas membuat lawak berunsur lucah di dalam program itu.

Difahamkan, Shuib tidak berpuas hati dengan keputusan itu memandangkan dia sudah membuat permohonan maaf mengenai tindakannya itu. Jep membuat pendedahan tersebut selepas dia beberapa kali diasak dengan pertanyaan yang sama mengenai status Shuib di dalam kumpulan Sepahtu.

Sponsored

Setakat ini, Shuib tidak memberikan sebarang respon mengenai kenyataan yang dikeluarkan oleh Jep mengenainya. Namun, seorang rakan terdekat Shuib yang juga dipercayai merupakan pembantu peribadinya memerli semula kenyataan yang dimuat naik Jep di Instagram.

“Kenapa tak cerita perkara yang sebenar? Bersyukur Tuhan masih jaga aib dia tapi kenapa perlu burukkan sahabat sendiri demi kepentingan diri sendiri? Saya tetap ada belakang abang I know u brother.”

Sponsored

Dalam masa yang sama, individu itu turut meluahkan sokongan penuh terhadap Shuib walau apa jua yang berlaku. Perkongsian yang sama turut dimuat naik di akaun Tik Tok lelaki tersebut di mana dia berharap video tersebut akan muncul di ruangan FYP milik ahli kumpulan Sepahtu yang dimaksudkan.

Meninjau di ruangan komen, kebanyakan netizen turut tertanya-tanya apakah sebenarnya yang berlaku di antara kedua-dua pelawak ini. Namun netizen turut menyelar tindakan lelaki itu yang seakan-akan menjadi batu api di dalam persengketaan di antara Jep dan Shuib serta hanya mengeruhkan sahaja keadaan.

Sponsored

“Dorang dah bersahabat lama, tahu hati budi masing-masing. Jangan masuk campur risau lagi keruhkan keadaan.”

“Tak payah batu api biar tuan badan je keluar statement. Ayat ceni pun burukkan lagi keadaan dedua pihak buat apa.”

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumbertik tok