Ramai berdekah Alha Alfa dedah kisah terambil ‘belt’ Zara Zya, “Hahaha yg ni mmg layak diketawakan…”

Sponsored

Tentu kemeriahan ketika malam Anugerah Juara Lagu yang ke-37 (AJL37) yang berlangsung baru-baru ini masih lagi terasa dengan kemenangan ternyata berpihak kepada penyanyi, Aina Abdul sekali gus membawa gelaran Juara dan memenangi kategori Vokal Terbaik.

Umum diketahui, Datuk Alha Alfa merupakan penaja utama bagi Anugerah Juara Lagu yang ke-37 pada kali ini dan kehadirannya bersama Zara Zya turut mencuri tumpuan ramai. Apatah lagi kedua-duanya datang dengan busana seperti sedondon di malam tersebut.

Sponsored

Namun begitu, nampaknya menerusi ruangan Instagram peribadi Alha Alfa dia ternyata berkongsikan kisah lucu disebalik busana yang dipakainya dan Zara Zya. Seperti yang dilihat terdapat pemakaian belt dalam video pertama dikongsikan Alha Alfa. Tetapi apabila melihat foto yang kedua, Zara Zya pula yang memakai belt tersebut.

Alha Alfa bagaimanapun mendedahkan kisah yang terjadi antara mereka yang membabitkan busana dipakai mereka itu yang menyebabkan pada awalnya belt itu dipakai oleh Alha Alfa namun selepas itu pelakon jelita itu pula yang mengayakannya.

Sponsored

“Suka hati je buat fashion sendiri…”

Pendedahan Alha Alfa tersebut ternyata rupanya belt yang dipakai itu adalah sebenarnya milik Zara. Menjengah ke ruangan komen, ramai nampaknya tidak dapat menahan ketawa selepas mengetahui kisah lucu yang sempat dialami mereka ketika di AJL37 itu.

Sponsored

‘Hahaha tapi elok pula kejadiannya, tak nampak pelik’

‘Hahaha yang ni memang layak diketawakan dato!!! Hahaha’

‘Hahaha p sumpah bergaya bila tengok dato pakai dengan cara kak zara pakai…’

SumberAlha Alfa