Ramai Geram Individu Tuduh Janna Nick Makin Berisi Punca Kekasih Lari, “Makin Gemuk Patut Lah Jantan Tu Lari…”

Sponsored

Sejak kebelakangan ini, nama pelakon Janna Nick sering menjadi bualan ramai terutamanya selepas hubungan percintaannya dengan bekas kekasihnya, Dini Schatzmann yang dikatakan telah berakhir. Namun difahamkan, mereka masih lagi mengekalkan hubungan baik sehingga sekarang.

Pelakon wanita itu juga sebelum ini sempat ‘healing’ dan membawa diri ke luar negara untuk menenangkan fikiran. Di sebalik kontroversi yang berlaku tentang hubungan cintanya ini, imej terkini Janna Nick juga turut menjadi bualan segelintir individu.

Sponsored

Terbaru, Janna Nick ada memuat naik videonya sedang bersenam sebagai jawapan kepada soalan yang diajukan oleh seorang individu ini. Menurut individu tersebut, keadaan badan Janna Nick yang semakin berisi menjadi punca bekas kekasihnya lari.

“Makin gemuk patut la jantan tu lari.”

Sponsored

Terpanggil dengan komen ‘puaka’ yang diberikan itu, Janna Nick berkongsikan video senaman dan menjawab kecaman itu di ruangan kapsyen. Pelakon itu memberitahu dia adalah sejenis yang senang naik berat badan namun senang juga untuk menurunkan berat badan.

“Hmm kita sejenis kembang kecut. Nak kecut sekejap nak kembang pun sekejap…”

Sponsored

Walaupun menerima kecaman itu, dia menganggap individu itu hanya prihatin sahaja dan dia meminta waktu selama seminggu untuk mendapatkan semula berat badan yang ideal. Perkongsian itu turut menarik perhatian netizen yang berasa simpati dengan kecaman yang diberikan kepada pelakon wanita ini.

Meninjau di ruangan komen, netizen berpendapat isu tentang berat badan seseorang adalah perkara yang sensitif untuk ditegur. Malah ada yang memberitahu, perubahan fizikal yang dialami oleh pelakon itu mungkin kerana pengambilan ubat yang perlu diambil oleh pesakit bipolar seperti Janna Nick.

“Kalau korang nak tau ubat bipolar antara salah satu punca berat badan naik…”

“Badan gemuk boleh kurus, mulut longkang belum tentu boleh ubah.”

Dalam masa yang sama, ramai yang turut menegur individu tersebut yang sewenang-wenangnya memberikan komen negatif seperti itu kepada orang lain. Menurut netizen, sekiranya tiada perkara baik yang ingin dikatakan seeloknya individu itu hanya mendiamkan diri sahaja dari melukakan hati pelakon tersebut.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumberinstagram