Ramai Yang Kata Geli Tengok Gaya ‘Influencer’ Ini Review Makanan, “Terus Hilang Selera Makan…”

Sponsored

Baru-baru ini, tular di Twitter perkongsian sebuah video ‘review’ makanan yang dilakukan oleh ‘influencer’ ini. Apa yang menjadi bualan ramai ialah perkongsian itu telah membuatkan rata-rata netizen berasa loya dan geli melihat gaya lelaki tersebut menikmati makanannya.

Di dalam video yang kini tular itu, ‘influencer’ tersebut telah berkunjung ke sebuah restoran dan mencuba pelbagai menu yang boleh didapati di sana. Namun rata-rata netizen tidak tertarik kepada menu yang dicuba sebaliknya lebih tertumpu kepada cara lelaki itu makan yang dikatakan jijik.

Sponsored

Tindakan lelaki itu yang makan sehingga comot dan mengelap kuah yang meleleh pada mulutnya dengan kepingan daging juga turut dikritik oleh netizen. Malah ramai yang mengatakan cara lelaki itu menikmati makanan menyebabkan mereka hilang selera makan dibuatnya.

Komen netizen

Perkongsian video tersebut di Twitter kini viral dengan lebih enam juta tontonan setakat ini. Meninjau di ruangan komen, netizen turut menegur gaya lelaki itu membuat ‘review’ makanan dan memintanya untuk makan dengan lebih sopan selepas ini.

Sponsored

Menurut netizen, ini merupakan kali pertama mereka hilang selera makan selepas menonton video ‘review’ makanan. Tidak kurang juga yang mengatakan video tersebut tidak berjaya membuatkan ramai tertarik untuk mencuba makanan di restoran tersebut.

Dalam masa yang sama, ada juga yang menegur lelaki itu untuk tidak membuat sebarang ‘review’ makanan kerana ia boleh mengundang masalah kesihatan yang lebih serius memandangkan dia seorang yang bertubuh besar.

Sponsored

Tampil mohon maaf

Susulan isu yang viral ini, lelaki tersebut telah tampil memohon maaf kepada netizen yang berasa geli melihat video tersebut. Menurutnya, dia akan memperbaiki caranya membuat ‘review’ makanan serta meminta orang ramai untuk berhenti menghina fizikalnya di media sosial.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumbertwitter