Rambut dah panjang still tak kahwin2, peminat nasihat Khai Bahar bersabar

Sponsored

Sebut sahaja nama Khai Bahar, dia merupakan salah seorang penyanyi yang tidak hanya mempunyai rupa paras kacak malah turut memiliki bakat suara yang mencetuskan dia sehingga kini masih menjadi perhatian pendengar muzik tempatan meskipun ramai penyanyi baharu muncul.

Mana tidaknya, suara unik Khai Bahar menyebabkan dia mempunyai ramai peminat yang tidak henti-henti memberikan sokongan buat kerjayanya. Khai Bahar juga sering menjadi sorotan di media sosial miliknya dimana menerusi Instagram, Khai Bahar memiliki 2.2 juta pengikut.

Sponsored

Satu muat naik terbaharu Khai Bahar bagaimanapun mengundang ramai peminat tercuit hati dengan gelagatnya berkongsikan foto dia tiba-tiba berambut panjang yang diselorohkan pula tentang dirinya yang masih belum berkahwin.

“Cepat betui rambut panjang, still tak kahwin-kahwin lagi, Aiman Tino dah kahwin dah. Salam Jumaat,” tulis sambil memberitahu bahawa foto tersebut di edit.

Sponsored

Walau bagaimanapun, peminat menasihatinya agar bersabar dn mendoakan yang baik-baik sahaja tentang jodoh Khai Bahar.

InsyaAllah akan tiba masanya, bersabar ye, cepat atau lambat tu rahsia Allah. Doa banyak-banyak

Sponsored

Next nanti Khai pulak, cuma takut ramai yang patah hati kalau Khai kawen…

Jodoh otw jangan risau Khai

Wah hensem lebih, buat la rambut macam ni Khai Bahar ensem teroxxsss. Takpe la Khai tak kahwin lagi belum sampai jodoh

Selain peminat mendoakan jodoh Khai Bahar, ada juga yang tertarik dengan rambut panjang Khai Bahar. Meskipun disunting namun ada yang berpendapat dia lebih kacak berambut seperti dalam foto tersebut.

Simpan rambut please