Reen Rahim Akui Tak Pernah Bangun Sahur Seumur Hidup, Selepas Kahwin Semuanya Berubah

Sponsored

Pelakon wanita yang dikenali sebagai Reen Rahim baru-baru ini menjadi tumpuan ramai apabila dia mendedahkan satu perkara yang tidak pernah dilakukan seumur hidupnya. Menurut Reen Rahim akui tak pernah bangun sahur seumur hidupnya di bulan puasa.

Namun segalanya berubah selepas mendirikan rumahtangga baru-baru ini. Menurut pelakon wanita ini selama 34 tahun hidup belum pernah dia bangun untuk menyediakan hidangan serta bersahur sepanjang bulan Ramadan.

Sponsored

Tabiat Reen Rahim tak pernah bangun sahur itu berubah selepas dia bergelar isteri kepada Ahmad Nur Hazim Zainal Abidin kerana dia perlu bangun pagi bagi menyediakan hidangan buat suami tercinta.

Dalam satu perkongsian di sosial media milik pelakon ini, dipaparkan Reen Rahim cuba mengejut suaminya untuk bersahur bersama-sama. Turut diberitahu dalam perkongsian tersebut berpuasa kali ini dia kena bangun sahur biarpun tidak pernah berbuat demikian seumur hidupnya.

Sponsored

“Seumur hidup saya, tak pernah pun bangun sahur. Bila dah berkahwin, saya kena siapkan sahur,” kata pelakon Pujaan Hati Kanda ini.

Perkongsian tersebut telah meraih perhatian netizen dan ramai akui turut lalui perkara sama dengan Reen Rahim atau nama penuhnya Noreen Ashikin Abdul Rahim. Berikut adalah muat naik semula video tersebut oleh satu saluran Youtube:

Sponsored

Untuk rekod, Reen atau nama sebenarnya Noreen Ashikin Abdul Rahim mendirikan rumah tangga dengan Ahmad Nur Hazim pada 24 Disember tahun lalu yang berlangsung di Boraombak Marina, Putrajaya.